klik sekali~

Friday, June 14, 2013

Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang, Sabah.

 Assalammualaikum..


Semalam mood tak berapa baik. Walaupun mood tak berapa baik hati memberontak nak naik kan satu entri. Tapi entah kenapa aku rasa entri yang aku taip tu agak 'beremosi' jadi aku tak publish. Dan bila mood dah stabil hari ni, aku rasa bersyukur sangat sebab tak publish entri tu sebab bila aku baca semula entri tu, sahlah yang ia tak sesuai dikongsi di sini.



Selalunya, bila mood tak okey aku selalu bayangkan alangkah bestnya kalau dapat jalan - jalan kat tempat yang sejuk, tenang dan mendamaikan. Macam dekat Desa Cattle Dairy Farm di Kundasang, Sabah macam dalam gambar bawah ni. 









Udara fresh. Rumput hijau. Suhu pun sejuk. Serius best untuk layan perasaan kat sini. Dua kali dah aku pergi dan aku masih rasai udara yang sama. Rumput yang sama dan suhu yang sama. Tapi sekarang aku tak sure keadaan nya macam mana sebab kali terakhir aku pergi dua tahun lepas. Dan aku rasa aku dah naikkan entri pasal Kundasang ni cuma sekali imbas je. Entahlah. Tak ingat -.-' tapi takpelah kan, anggap je sebagai flashback.. Thihihi~












Tengok lembu ni (betulkan ni lembu? bukan kerbau?) terus terasa berada di New Zealand :') yelah tengok iklan susu dalam tv tu ada iras - iras tempat ni. Dekat sini ada jual susu fresh dan masa aku pergi dulu kebetulan masa tu susu lembu sedang diperah. Elok aje dorang ni beratur tunggu giliran.









Terpandang je pagar warna putih ni terus teringat cerita hindi lakonan Shah Rukh Khan. Terus feeling bollywood di sini. Mood tak okey pun terus jadi okey (^_^)









Gambar atas ni antara gambar yang paling aku suka. Tengok awan yang berarak tu. Masa turun dari Kundasang hujan turun jugak dan agak mencabar abang - abang aku drive sebab kabus agak tebal. Huhu. Sampai satu ketika line putih kat jalan pun tak nampak. Walaupun dah pasang lampu. Dahlah jalan berbukit dan berbengkok - bengkok.








Walaupun muka serius, tapi hati senang.. aku memang suka pergi kawasan tanah tinggi dari tepi pantai. Kiranya tepi pantai adalah pilihan kedua selepas tanah tinggi. Sebab tu aku suka naik Cameron!







Dan yang paling penting bila pergi bersama adik - beradik tersayang :') Kita orang gerak dari Kuching ke Miri. Dan terus dari Miri ke Sabah. Naik 3 buah kereta. Seronok sangat!









Pada yang nak cari tempat yang tenang dan mendamaikan, pergilah ke sini. Tak perlulah nak ke luar negara sangat sebab dalam Malaysia pun masih banyak tempat yang best - best. Dan kalau ada kesempatan tidurlah semalam di Kundasang sebab keadaan malamnya sejuk dam menyejukkan :D



Oh ye, masuk sini RM3 kalau tak silap. 




p/s - akan berusaha untuk datang ke sini lagi! 



7 comments:

Qhaifa Nur said...

memang cantik kundasang ni...
dengar citer MIL yang pernah datang sini...subhanallah indahnya...
ada rezeki nak datang sini...

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

SubhanaAllah..Cantiknya tempat nie..farah next month p sana.. tak sabar nk singgah kt sini.. ;p

Isabel Diaz said...

Kundasang ke nie? Macam luar negara jark.. Hihi..

Nieda ramly said...

lawo , macam kat oversea

Yumida Huda said...

kacak view kundasang eh
beznya ktk pg sia sitok
mek suka juak nangga pic jalan ya

labulabi said...

wowwwww.bestnya.bila la nak sampe ke sia tok.

ejulz said...

ng bjalan jak la keja.. hehe.. ktk kenal warith ya ka?