klik sekali~

Friday, June 28, 2013

Steamboat Mudah Lagi Ringkas.

Assalammualaikum..


Sapa suka makan steamboat angkat kening ala Ziana Zain? Hurm..ramai yang suka. Bagus :p Memandangkan steamboat ni antara makanan kegemaran, jadi haruslah ada kesedaran untuk cari alternatif macam mana nak buat sendiri di rumahkan? Kalau kat Ipoh selalu makan dekat Johnny's je. Tapi boleh tahan jugak mahalnya. Dan yang terbaru Restoran Shabu  Shabu  wujud dengan bergayanya di celah bandar Ipoh, cuma belum berkesempatan nak pergi. Sebelum puasa ni ingat nak pergi try. 


Steamboat yang aku buat ni adalah antara steamboat yang paling senang dibuat di Malaysia mahupun di dunia #eceh! Tapi yang aku buat ni sup dia sup biasa je. Bukan tom yam. Alah, kalau kau nak guna tom yam, kau humban je pes tom yam dalam air yang mendidih. Ketuk serai. Campak daun limau purut sikit. Dah kira okeylah tu. 


Resepi sup versi aku - cincang lumat bawang putih dan halia. Then tumis dengan sedikit minyak. Masukkan air dan kiub ayam. Siap! Memandangkan aku ber(steamboat) guna periuk nasik elektrik, aku masak sup tu siap - siap dulu atas dapur gas. Dah mendidih sup tu baru aku masukan dalam periuk nasik. 


Mari kita lihat bahan - bahan untuk di(steamboat)kan.








Sayur - mayur. Aku guna cendawan dua ni je. Sayur lain takde kat rumah. Kalau nak kau boleh guna brokoli ke. Tomato. Bendi. Apa - apa jelah sayur yang kau suka. Aku suka cendawan jadi haruslah cendawan jadi pilihan utama ^^





Yang perlu ada jugak adalah udang, sotong dan kambing! Aku peminat tegar kambing okey. Jadi kambing perlu ada. Kalau takde kambing tak mau makan! Wah, gittew~ 





Ni pun ikut citarasa masing - masing. Yang aku guna ni, fishcake, crab stick, sosej dengan tofu telur. Boleh jugak nak guna telur ayam. Telur burung puyuh. Jangan kau guna telur masin dahlah. Tapi kalau kau nak jugak gunakan ~ terpulanglah ye~  ikut suka kau..






Sos nya pulak aku guna Sos Kimball Thai. Pastu letak sikit daun ketumbar. Adalah jugak rasa macam sos dekat Johnny's. Huhu~




Aku ni suka kalau ada sambal kicap bila makan benda bersup macam ni. Nak buat sambal kicap ni pun senang. Bawang putih tumbuk dengan cili padi. Pastu masukkan kicap dan limau kasturi sikit. Dan siap!




Inilah rupa orang ber(steamboat) u all~ nampak periuk nasik besar 'gedabak' tu? Dalam periuk tulah sesi humban menghumban dan campak mencampak berlaku. Kelas tak kelas? :D 





Dari pandangan atas pulak..inilah bahan - bahan yang perlu ada. Bolehlah kan dari kempunan? Kalau nak makan dengan nasik pun boleh. Tak pun tambah bihun ke. Kueh tiaw ke? Boleh aje ibuk - ibuk dan bapak - bapak. 




Beginilah nasib mereka bila dah dicampak ke dalam sup yang maha sedap :') 





Dan akhir sekali, 'cuci' semua makanan yang telah dihadam dengan green tea -.-' Apa - apa pun selamat mencuba! 


 p/s - sesi ber(steamboat) ni dah lama. baru teringat nak updated. hikhik~



1 comment:

Isabel Diaz said...

Tang nyaman jark nya.. Hihi..