klik sekali~

Thursday, June 20, 2013

Blogspot, Nuffnang & Buffered Earning (CPUV)

Assalammualaikum..


Aku start berblog 2009 macam tu. Dah hampir 4 tahun macam tulah. Masa mula - mula berblog semua jenis macam widget aku letak. Biasalah baru nak mula, excited(nya) tu kalah orang nak kawen Hikhikhik. Dan masa tu jugak Abang Ben Ashaari selalu buat contest. Serius best! Masa tulah follower senang mencanak naik. Blogger - blogger yang join contest pun cool sangat. Semua sporting. Dulu contest yang dibuat takde bagi hadiah macam sekarang ni. "Hadiah"nya mungkin daripada jumlah follower yang bertambah kut. Hasil daripada contest yang kita join tu. Dulu aku memang suka bab follow - (mem)follow ni. Huhu~


Nuffnang pulak pada mulanya aku letak sebab aku tengok blog orang lain letak. Kiranya main letak jelah. Fungsi apa Nuffnang ni pun aku tak tahu T_T Bila orang updated pasal BE baru aku gigih Google pasal benda tu. Tapi still tak faham dan ia terus berlalu begitu saja sampailah aku try ikut tips yang blogger - blogger taip di blog dorang. Tips apa? Tips nak dapat BE. Rupa - rupanya benda ni pun nak ada tips jugak. TAPI ~ still jugak tak mendatangkan hasil. Hurm.


Lama jugak aku buat tak tau je pasal Nuffnang ni. Orang updated apa je berkaitan dengan BE, aku buat derk je. Merajuklah konon :D Tapi pada bulan February tahun ni (2013) , aku kembali menggunakan tips yang diberi. Manalah tahu tahun ni ada rezeki BE, getus hatiku. #ewah, nak bergetus - getus pulak! Mula - mula aku update survey. Lepas tu hantar tiket. Selalu update blog (err..takdelah selalu sangat pun) dan AKHIRNYA BE MUNCUL! BE Pertama Dapat 4 Sekali. Syukur alhamdulillah.









Dan ~ yang kat atas ni yang masih running dengan bergayanya. So far BE yang berjaya diraih sebanyak 19 BE. 9 BE tengah running dan harap - harap ada lagilah yang muncul nanti. Kiranya kesetiaanku pada Nuffnang mula terbalas sejak akhir - akhir ni. Teruskan usahamu Nuffnang. Aja-aja fighting! #tetiba. 


Tak dinafikan ramai yang berblog sebab suka - suka. Sebab itu adalah hobi. Aku pun rasa macam tu jugak. Tapi kalau boleh dapat seringgit dua ringgit daripada berblog ni, kira bonuslah kan? Cukup bayar bil broadband RM48 pun dah kira okey.


Kesimpulannya kat sini, rezeki kita tak sama dengan orang. Mungkin orang tu dapat awal, kita dapat lambat sikit. Orang tu dapat banyak, mungkin kita dapat sikit. Mungkin ada yang dapat rezeki daripada Nuffnang ni, mungkin jugak ada yang dapat rezeki kat tempat lain. Sebab apa? Sebab kita dah punya bahagian masing - masing. Yang penting sabar..usaha..doa..



p/s - Thank You Allah. Thank You Nuffnang!



6 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

alhamdulillah..

Isabel Diaz said...

Untungnya kitak. Kamek susah gilak nak dapat BE.. Huhu..

Eza Boom Boom said...

mesti ktk akan dpt gik CPUVs ya kelak. non-stop.. hihi..

Trish Natasha said...

untung kitak eh. kmk jgn nak BE, follower pun masih 30 lebih. haha well tetap fighting!

Yumida Huda said...

kmk masih kurang paham pasal be tok
bila nangga org lain slalu cash out
jeles juak
hmmm..perlu byk belaja lg tok

Leadership Developmant Training said...

nice blog :)

salam kenal dari kami outbond di malang :)
jangan lupa kunjungi kami di website kami : http://www.nolimitadventure.com/