Ke Cameron Lavender Lagi!

 Assalammualaikum..
 

Ni cerita tengah bulan 5 hari tu. Ya. Baru nak updated. Alah, sekarang ni aku main updated je tak kira cerita dah basi ke tak. Blog aku suka hati akulah kan? Wah, gitu :p Tapi kira okey jugaklah kan sebab kalau korang nak pegi mana - mana, mesti korang Google dulu tempat yang nak pergi. Entry orang yang dah berkurun lama pun korang baca jugak sebab sedikit sebanyak mesti ada jugak infonya? Kannn?


Kali ni jugak kita buat extra large punya gambar. Kasi jelas. Kasi terang. Kasi jeles! Eh. Eh. Eh. Tak baik tau. Hehe. Okey, kita tengok gambar je. Oh ye, bayaran masuk RM5. Kanak - kanak bawah 3 tahun free kalau tak silap. Yang atas 3 tahun tu bayar RM3 kut. Lupa dahlah.

 






























Ini family abang aku. Anak buah aku 2 orang tu dah letih sebenarnya. Sebab Cameron Lavender ni destinasi terakhir kita orang di Cameron Highland. Tapi tetap digagahi jugaklah. Bak kata kakak ipar aku, "lepas ni entah bila lagi nak sampai sini. so, alang - alang dah sampai baik kita singgah ajelah."
 













Si kecik ni namanya Iqram. Dia pulak yang semangat pegi petik buah strawberry. Berapa kena bayar tu aku tak tahulah sebab mak dia yang bayar. Haha. Usu dorang ni kedekut sikit. Sebab tulah tak pernah lagi petik sendiri buah strawberry walaupun dah banyak kali naik CH :')







Ini Lavender House. Masa aku datang dengan kawan aku bulan 2 hari tu kedai ni kosong lagi. Sekarang dah macam - macam dorang jual. Semua berasaskan lavender lah. Takkan berasaskan santan pulak kan? 








Yang terakhir, Iqmal. Abang kepada Iqram yang kat atas tadi. Kemain suka awak ye dapat naik atas tu?Okeylah. Kita stop dekat sini. Nanti updated tempat lain pulak. Wuargggghh...ngantuk. Jom tido! Selamat malam..assalammualaikum :)




Comments

Isabel Diaz said…
Selalunya jalan-jalan.. Jeles kamek..
Qhaifa Nur said…
warna-warni...
memang best datang sini...
Trish Natasha said…
best ktk ehh :) bunga sia boleh petik sik? embak balit rumah. hihi:D
ieda immi said…
cantik2 bunga disini kan ..
masa akak pergi CH , akak x gi pun ke ladang lavendar nie
cantiknye
teruja melihatnya
jom follow blog saya
umielman.blogspot.com
Best la masa awk p cuaca elok..time sya p cameron hari tue hujan jer sepanjang hari..huhuhu
KMK SUKA GILAK2 DGN BUNGA LEVENDER YA..SO BILA NANGGA GMBR2 KTK,TERUS RS NK PG KINEK2..HIHI
misz sheyla said…
xprnah lagi ke lavender ni, walopn dah g sane byk kali...
Nieda ramly said…
dah lama tak jalan ke CH.

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.