Mee Udang Laut, Pulau Sayak.

 Assalammualaikum..


Minggu lepas. Eh tak. Minggu yang satu lagi, aku ke Penang.  
Ada orang ajak pergi kenduri kahwin.
Alang - alang dah sampai sana eloklah kalau kita jalan - jalan cari makan sekali :) 
Lepas makan nasi minyak, terus pergi Pulau Sayak, Kedah. 
Motip nak ke Pulau Sayak tu hanyalah nak pekena mee udang laut yang femes katanya.  
Jalan nak ke sana aku tak pandai nak bagi direction. 
Cuma yang aku tahu Pulau Sayak ni dekat dengan Pantai Merdeka.



 



Sebelum ke mana - mana, aku akan usha dulu tempat yang nak pergi tu. 
Lagi - lagi kalau tempat yang orang kata femes.
Bila dah godek - godek blog blogger yang pernah pergi sini, rata - rata sebut nama kedai Usop ni.
Kalau dah masuk area Pulau Sayak ni memang jumpalah kedai ni. 



 



Bila sampai, tengok dari depan macam sikit je meja kerusi dia. Sekali tengok dekat belakang... kemain banyak meja tersusun. 




 



Ini dia Kueh Tiaw Udang Special! Kemain besar udang dia tau.
Kalau tak silap dalam 4 or 5 ekor udang dijadikan santapan para pengunjung.
Rasa dia? Takdelah sedap mana.
Biasa - biasa je. Mee Udang Banjir Kuala Sepetang sedap lagi bagi aku.
#kemain ikhlas kasi review ni Huhuhu~



 



 Ini pulak Mee Udang Special. Harga dia sama dengan harga Kueh Tiaw Udang Special kat atas tadi.
RM 12 (kalau tak silap)
Rasa dia pulak samalah dengan rasa kueh tiaw tadi. Yelah dorang tukar mee je. Kuah masih sama.
Kulit udang dia macam keras sikit. Macam dah digoreng dulu, dicelur berasingan..lebih kurang macam tulah. Lagipun kuah dia takde terasa sangat manis udang dia. 






 
 Mula - mula sampai ingat nak duduk kerusi ni. Konon - konon nak tengok laut dengan lebih dekat.
Tapi..



 



..ombak petang tu rupa - rupanya masih mampu mencapai kerusi meja kat situ. 
Patut pun meja tepi - tepi ni takde sapa nak duduk. Semua duk pakat duduk jauh - jauh sikit.
Kalau setakat ombak kecik ni ok lagi kan.. Tapi kalau ombak macam kat bawah ni 






  Haa..masuk sampai bawah meja tau. Aku siap nak angkat kaki lagi -.-'
Serius, aku takut bila ombak dah macam ni sangat. Dia terpercik tinggi mungkin sebab benteng yang ada dekat situ kut. Yelah kalau ombak tu pukul pantai takdelah macam ni sangatkan?
Dan masa aku skodeng blog yang pernah pergi sini kebanyakkan tunjuk pantai dan laut yang indah terbentang.
Siap budak - budak main lagi dekat pantai tu.
Time ni air pasang kut. Ke nak surut. Macam tulah lebih kurang~






 Dalam takut ombak tu, udang tetap habis di makan walaupun asyik bisik dekat orang sebelah cakap mee ni tak berapa sedap Hikhikhik.
Tapi mee dan kuah dia masih berbaki. Udang je habis. Mungkin sebab aku masih kenyang kut. 
Baru makan nasik minyak kan? Tak sempat hadam lagi dah makan lagi. Hurm~






Sapa yang masih dalam mood bercuti ni, dan ingin nak try mee udang laut, bolehlah try dekat
Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak ni.
Mana tahu kena dengan citarasa korang suma kan?


Okeylah, kita jumpa di entri seterusnya. Masih entri pasal jalan - jalan ^_^
 

p/s - terkenang - kenang dengan orang Sarawak yang masih cuti hari ni. Argh! Jeles!!



Comments

besarnya udang...mmg puas mknnya tuu...

kurus said…
pergh dikk udang nyeee
x pernah tgk sebesar nie

mahal tak dik ?? sedap nie kan ;)
Mummy MM said…
Sedapnya udang..
YattAkasah said…
sedapnye.. tak pernah makan..huhu
Unknown said…
beznya ktk..jln sia sitok
nyaman undang ya eh..dh la besar..terlio mek nangga
Chaca Monsterr said…
besar sekali udang ya 0.0
Unknown said…
WPUN X NYEMM GILAK P ABIS JUAK OWW..HAHA

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.