Tiket 'Belon'.
Assalammualaikum...
InsyaAllah kalau umur panjang tak lama lagi kita akan berpuasa. Kalau sebut pasal puasa mesti ingat nak raya dan kalau dah raya mesti ingat nak balik kampung! Betul tak?
Aku tak terkecuali. Sejak 2006 aku study kat Melaka sampailah aku kat Perak sekarang ni, boleh dikatakan dalam setahun tu dua tiga kali aku balik Kuching. TERUMATANYA bila time raya! Tak pernah lagi aku beraya kat sini (Semenanjung Malaysia) tapi kalau raya korban atau aidiladha penahlah aku beraya kat sini sebab kat Sarawak raya korban dia tak meriah sangat. Adik - beradik pun tak sume ada.
Jadi, masa Airasia ada buat promotion sempena pertukaran CEO dorang hari tu, aku pun booking tiket siap - siap. Aku ambik 1 way je dulu. Cuti 3 minggu, haruslah balik awal sikit (^^,)V
Bila aku cakap kat mak yang aku balik 9/8 mak terus cakap'eloklah tu,bolehlah kau tolong mak buat kek lapis sarawak'. Tak sempat aku mencelah mak dah sambung balik 'kita buat tiga jenis kek lapis sarawak tahun ni. lepas tu buat kek kukus dalam dua jenis.' Dan ayat terakhir mak 'mak nak beli bahan - bahan buat kek ni sebelum puasa.'
Oh mak :')
Okeylah. Kat atas ni total yang aku bayar untuk tiket 'belon' ni. RM129 termasuk tax, baggage & seat. Aku ni kalau 1 way tu below RM150 memang aku rasa murah. Bukan berlagak tapi sape yang biasa naik 'belon' tu dia tau lah. Selalunya kalau time raya, time cuti memang payah nak dapat macam ni tau. Tips nak dapat tiket 'belon' murah ~ rajin - rajinlah usha website Airasia. Cuma yang tak bestnya kalau tiket murah tapi tak kena dengan time cuti kita :'(
Ye, aku tahu puasa belum lagi tapi dah kecoh nak raya TAPI kau kene tau tiket 'belon' tak leh nak buat main. Strategy kena ada. Ewah ;p Kalau tak menangis tak berlagulah aku kat sini. Lainlah kalau korang sudi ajak aku beraya kat umah korang..eh? Tetiba je :D
p/s - sape yang duduk jauh - jauh kene prepare awal - awal benda macam ni ^^
Comments
sikpat balit raya eh kmk. ada keja :s