klik sekali~

Monday, June 25, 2012

Novel Saranghaeyo, Arumi!

Assalammualaikum..


Aku ni memang tak berapa minat K - Pop. Popcorn pun aku tak minat ( sebab tu kalau tengok wayang aku takdenya nak beli popcorn segala). Kalau citer Korea pulak aku hanya suka tengok citer Autumn In My Heart dengan Fullhouse. Itu pun sebab aku suka heroin dia berlakon. Tapi aku lupa pulak nama heroin dia -.-'



Tapi, semalam. Masa jalan - jalan kat Popular. Aku ternampak novel di bawah ni. Tadaaa! ~ tak yah nak tada - tadalah!







Amacam? Comel tahap gaban kan? (sambail angkat kening)



Aku ni kalau nak beli novel, aku akan tunggu review daripada kawan - kawan aku yang dah baca dulu. Tak pun tengok komen pembaca - pembaca kat FB. Kat Fb tu macam - macam pages ada berkaitan dengan novel. Kalau dorang cakap certain novel tu best baru aku beli.



TAPI..semalam entah macam mana aku BELI novel kat atas ni tanpa buat sebarang penyelidikan terlebih dahulu. Best ke tak best belakang kira! Yang penting aku nak beli novel ni jugak. Sebab apa? SEBAB COVER DIA COMEL! Sangat - sangat comel okey :D






Bukak belah dalam pulak nampak macam komik je tapi bukan komik. Siyes comel! Aku tak tahulah kalau sebelum ni memang macam ni novel terbitan dorang, kan? Sebab ni 1st time aku beli buku terbitan PTS.





Dan yang terakhir sebab aku tengok ada muka doktor blogger kita ni. Si Fatin Liyana. Ye. Aku tahu gambar tak clear tapi itu tak bermakna korang tak kenal dak FL ni kan?Aku rasa buku ni nampak comel sebab ada FL. Aku rasa aku beli pun sebab ada muka FL. Kalau kau letak muka orang lain memang aku tak beli. Rasanya ;p 



Cuma, aku belum baca lagi. Jadi tak dapat nak review (^^,)V



p/s - buku ni ada diskaun 20%. jadi aku rasa itu antara punca utama kenapa aku beli buku ni. 




9 comments:

Qaseh dalia adelia said...

a'ah lah gambar fatin liyana hehe so cute

Asyiqin Haulisah said...

hehe. mcm best je awak. nak try lah beli. msti sweet2 je kan.

Namee Roslan said...

hhih. comel FL. dia pulak muka mmg comel macam org Korea jugak ! hehe.nnti review tau ! :D

ejulz said...

mcm best jak.. hehe

Yumida said...

oooo...lak share kisahnya

nur anis said...

lama tak beli novel cinta..huhu

Qhaifa Nur said...

sekarang tengah ada mood baca novel...macam best aja

Nieda said...

Nak tanya kat mana lokasi nasi arab kat Ipoh tu? Teringin la nak p mkan.

Faridzuan said...

Assalamualaikum kak. Cuba akak baca balik ada tak terbaca nama saya di situ. :) M Faridzuan Majid