klik sekali~

Friday, June 22, 2012

Smart Phone = Smart People.



Assalammualaikum..


Samsung Galaxy SIII smart kan? Dah dua tiga kali jugak aku jeling – jeling. Pandang – pandang kat dia. Jeling dengan pandang je. Nak beli kene fikir 23849372 kali. Sebab aku ni kasar. Silap haribulan terburai isi perut usus jantung dia tu nanti *alasan! cakap je kau tak mampu..sobsob..(terus masuk bilik kira duit syiling, kut –kut duit dah sampai 2K)


Okey – okeylah. Ni bukan nak citer pasal kat atas tu. Tapi nak citer pasal kurangnya komunikasi antara kita bila wujudnya telefon yang maha canggih ni. Contoh gambar kat bawah ni..


 sekadar gambar hiasan..ni aku sengaja suruh anak buah aku posing macam ni ;p


Serius. Inilah yang terjadi sekarang ni. Kalau korang pegi makan ke. Jalan ke. Kau perhatikan sekeliling korang. Paling selalu aku nampak kat kedai makanlah. Tak kira kedai mamak ke, kepsi ke, atau mana – mana je. Mesti benda macam ni berlaku.


Antara situasi yang penah aku nampak bila sepasang kekasih/suami isteri ni duduk makan kat meja tak jauh dari meja aku. Dua – dua sibuk dengan telefon. Bercakap dua tiga patah je. Tu pun masa bercakap mata tengok telefon. 


Situasi yang kedua pulak, ada empat orang geng budak lelaki. Juga duduk makan. Dalam 4 orang tu 3 orang layan smart phone dan ada jugak yang layan tab. Tapi yang sorang tu pulak duduk je sambil layan makanan. Kesian pulak aku tengok dia bila kawan – kawan dia bercakap tanpa pandang dia pun. Dan aku perasan telefon dia pun telefon biasa je. Yang tak boleh nak tangkap gambar sekalipun. 


Tapi aku tak cakap smart phone atau tab ni tak bagus. Bagus! Bagus kalau kita guna cara yang betul. Yang tak bagusnya bila kita terlalu sibuk dengan smart phone kita sampai kita buat tak endah je dengan orang yang ada di depan mata kita. Kan nampak tak manis? 


Bayangkan, kita nak buat reunion. Hampir 15 tahun tak jumpa. Tapi bila dah jumpa semua duk sibuk dengan smart phone. Konon updated status kat FB cakap jumpa teman lama. Ambik gambar makanan post lagi kat FB. Bila ada teman FB yang komen pasal tu, teruslah berbalas komen kat FB. Kadang – kadang yang duduk semeja tu pun berbalas komen dalam status yang sama. Kalau dah macam tu baik buat reunion dalam FB je kan? (-.-')


Entri ni bukan nak sindir siapa – siapa, tahu? Tapi untuk ingatkan diri sendiri jugak. Sebab aku pun kadang – kadang terOVER melayan telefon. Cuma time makan tu jelah memang aku tak layan sangat telefon sebab makan tu kan lebih sedap dari telefon :D


Kesimpulannya, bila telefon kita tu dah smart (smart phone kan? hehe), jadi kita pun kena smart jugak. Maka jadilah dia macam ni.. Smart Phone = Smart People! Kan OHSEM kalau macam tu? Ehem.


p/s - jangan ingat orang yang pakai telefon biasa – biasa tu takde smart phone..dia simpan elok – elok dalam poket tu..lalala~ 



14 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

serius saya setuju dgn entry nih!!!zaman skrg semua ckp melalui sms/chat/psot fb je walaupun duduk 1 table!

Elih Japahar said...

Betul ^_^ setuju jg

Ezy Chiaki said...

yezza! sgt menci ngn situasi mcm ni..
baek xyah jmpe..
bazir masa dan jugak tenaga..
zzzzzz

syafiqakarim said...

setuju ni beb
iqa biasa time lepak keluar hp simpan
je.malasssss

Asyiqin Haulisah said...

yes betul tu. sekarang kan dah terlalu canggih.

Qhaifa Nur said...

hubby jenis tak suka saya sms, cal terus tak bole....

bila masing-masing buat hal sendiri, mana ada kemesraan...

Yumida said...

bena kata ktk sis...org mun nemu hp..alu melekat ke jari..kengkdg ya ngeso indah..adoiii..perlu kaaa

::dEyb:: said...

wahhh...sangat setuju, sebab sampaikan orang kat sebelah pun xdilayan dek leka dengan semartfon lah sangat ..ye tak? kui kui kui

nur anis said...

betul tu...setuju...makin canggih handphone tu, makin khusyuk lah ngadap handphone..saya kalau khusyuk ngadap handphone tu, maksudnya tengah main game..hehe

Ann Ishak said...

setuju sesangat kathy, inilah dia bahana kecanggihan teknologi

ejulz said...

mun dah begerek dok semeja mkn tgh layan tpon drik pun, maksudnya duak2 malu2 ya.. haha

Namee Roslan said...

hahah. pasal gathering kalau semua pakat dengan hp lagi..tak payah gather lah lain kali. hehe. even kita semua ada fb pun, kita semua bukan contact pun. kan kan :) hmm. sama lamacam ipad ni semua..buat orang lagi menyendiri ada lah..

Atiqah Wadiah said...

haha~reunion tru fb..good idea ^^

Cik Yatt said...

setuju..tak best tol cmni..lgi2 family yg kuar sama2..pastu msing2 main fon..baik mkn at rmh je