klik sekali~

Saturday, June 30, 2012

Resepi Begedil Simple.

Assalammualaikum... 


Aku rasa sebelum ni aku penah letak entri pasal begedil. Tapi malas pulak nak carik. Jadi memandangkan petang ni aku baru je lepas buat begedi, dan tahap kerajinan aku pun tinggi jadi aku letaklah balik resepi yang aku dah save rapi - rapi dalam kepala otak. Kononnya tak pelu nak tengok resepi lagilah kalau nak buat sebab dah ingat sume. Ehem ;p 



Mula - mula, kau kupas 3 biji kentang. Aku guna kentang yang jenis besar tu. Jadi dalam 3 biji dah cukup. Kalau kau guna kentang yang kecik tu aku rasa dalam 5-6 biji cukup kut.Dah tu kau rebus kentang ni sampai empuk. Aku tau. Kalau kau nak guna kaedah 'goreng kentang' tu pun okey jugak. Tapi sejak pertama kali buat aku memang rebus je kentang ni. Masak/empuk je kentang tu kau terus toskan dia. Biar dalam 5-10 minit. Bagi air kat kentang tu keluar. Lepas tu lenyek sampai penyek! Okey?








Sambil kau tunggu kentang tu empuk, kau cincang daun sup, cili merah besar dan bawang besar. Gambar kat atas ni aku guna dalam 4 tangkai daun sup, dua biji cili & sebijik bawang yang sederhana besar.






Okey, daging kisar yang aku guna brand ramlee. Yang dalam bungkus tu dia dah siap bahagikan dua bahagian. Aku guna 1 bahagian je. Kalau kau tak nak guna daging kisar kau boleh tukar kepada ayam kisar ke, ikan kisar ke. Tapi aku lebih suka guna daging kisar sebab rasanya lebih sedap. 



Daging kisar ni kau kena goreng tanpa minyak dulu. Nanti dia akan keluar air daripada daging tu. Bila kau nampak warna daging tu dah bertukar, maksudnya daging tu dah masak. Lepas tu kau kena toskan lagi. Bagi air kat daging tu keluar. Kalau tak begedil kau nanti lembik!






Dah lenyek kentang sume tu, kau masukkan dalam satu bekas besar dan campurkan sekali dorang sume. Campakkan garam secukup rasa dan gaul hingga sebati.







Bila dah gaul dia akan jadi macam gambar kat atas ni. Pastikan adunan begedil kau ni tak lembik okey. Nanti susah pula nak buat dia bulat - bulat.







Dah tu kau terus buat dia bulat - bulat macam gambar kat atas tu. Saiz ikut suka ye. Aku ni suka buat kecik sikit dan untuk adunan ni aku dapat 42 biji begedil :) 



Lepas dah siap sume proses bulat - membulat ni. Bolehlah kita ke step yang terakhir iaitu menggoreng. Sebelum tu pukul telur dalam 2 - 3 biji. 


Panaskan kuali. Masukkan minyak. Tapi jangan letak banyak sangat. Cukup untuk tenggelamkan separuh badan begedil ni. Bila minyak dah panas, ambik sebiji begedil dan celup dalam telur sebelum dibuang ke dalam minyak tadi. Gorengnya sampai masak! 








Bila dah masak dia akan jadi macam kat atas ni (^^,)V Amacam? Simple dan senang nak buatkan? Dulu aku penah buat ikut satu resepi yang pakai rempah - rempah segala, tapi tak kene pulak dengan tekak aku. Jadi aku ubah suai ikut citarasa sendiri. Eh, kalau nak lagi sedap letak daging kisar lebih sikit tau ;D 



Oh ye. Kalau kau nak guna breadcrumbs pun boleh. Caranya, celup begedil dalam telur dan celup lagi ke dalam breadcrumbs. Pastu goreng! Cara ni sesuai kalau adunan kau tu lembik. Sampai nak goreng pun pecah - pecah. 



Okeylah. Selamat mencuba ^^


p/s - aku suka sangat makan kentang tak kira kopok kentang, kentang goreng, kentang dalam sup atau kari.. asalkan kentang sume aku suka!











9 comments:

Atiqah Wadiah said...

sy pon ske sgt kentang~huhu

Eza Boom Boom :) said...

Sedappp rupa begedil ktk! Mek mok tryy!!! :D Mekaseh share ktk.. Love u love u! :) Memang suka makan begedil.. Hihik..

~Sweet Honesty~ said...

wahh..terus trg kmk sik tau mok polah begedil baa..thnx resepi ya tek..(^_^)

Cinta Misteri said...

Kathy dh mcm slogan mister potato- giler kentang

*CiM msti nk begedil klau mkn s0t0

Nieda said...

Bila ada bergedil mesti ada soto , baru syok

ejulz said...

mok sikit.. hehehe

Yumida said...

nyamannya sis..mok try la esok..hb mek nang suka glak mkn bergedil tok

Elih Japahar said...

Nyaman sik? hehe..selalu beli jak sik pandei kamk molah ya hehe..

Namee Roslan said...

sedapnya......hehe. nanti nak cuba! sy pernah cuba buat dulu tp tak jadi. jadi hancur pulak. hehe