Tentang Apam Polkadot.

Assalammualaikum..


Muncul je terus citer pasal makanan. Biasalah kan, aku dengan makanan memang tak dapat dipisahkan (terus terbayang nasi arab kambing yang nasinya kalau makan seramai patratusduapluh orang pun tak habis makan! – ok. tipu)

Sebelum aku balik kampung hari tu, aku sempat beli acuan lompang. Kalau korang nak tahu, sebelum ni aku memang tak kenal pun acuan lompang. Aku rasa, kalau aku terlanggar bahu dengan dia kat pasar malam pun dah pasti aku buat tak tau je.

Tapi.. bila aku godek – godek resepi apam polkadot ni, aku perasan sume duk cakap pasal acuan ni. Maka dengan semangat yang padu lagi jitu aku pun terus carik acuan tu. Bila jumpa terus beli 4 dozen. Dan bila sampai ke kampung terus mak aku pau acuan aku tu. Dia cakap, nanti kau belilah lagi. Nasib baik yang pau tu mak. Kalau orang lain. Siaplah aku mintak duit acuan tu siap dengan charge naik flight lagi. Ehem~

Jadi,bila dah ada acuan tu aku terus buat apam polkadot yang dah lama popular tapi aku baru sibuk nak buat. Dan hasilnya adalah seperti gambar di bawah! Tadaaa!





 




Menjadi okey! Nampak macam berlubang – lubang kan? Tapi itu tak bermakna rasa dia tak sedap. Kalau tak sedap takkan dalam seminggu tu aku buat sampai dua kali? Dan yang specialnya, aku guna coklat-chip sebagai filling dia. Coklat-chip brand Hershey tau. Mana nak carik?

Serius. Aku jatuh cinta dengan apam polkadot yang aku buat ni. Lagi – lagi bila anak buah aku suka sangat makan. Mak aku pun cakap apam ni comel macam aku. Eh? (dalam hidup biar ada perasaan cik Kathy, tapi jangan PERASAN! Ok. Sedar diri dah)

Apa – apa pun, memang puas hati buat sendiri compare beli dengan orang. Sape yang tak penah try buat tu, ce –try buat. Mana tau kut – kut boleh buat bisnes. Apa dia? Aku buat bisnes apam ni? Jauh pulut panggang dari api. Buat masa ni memang taklah. Tapi nanti – nanti tak tahulah kan. Cuma kalau nak buat bisnes tu kena buat cantik – cantik. Comel – comel. Yang penting sedap! Ada faham?

p/s – resepi aku ambik dari SINI. tapi filling je lain. terima kasih ya tuan punya resepi. Resepi awak sungguh ohsem :)

Comments

:: Mrs.Eady :: said…
alooo comel jek apam nih!
Yumida said…
kacaknya sis..cam sendawan lam kartun ya hooo..rajin ktk
pena rozie said…
comelnyer...PR buat tak secantik ni...
mesti lambatkan buat dia? nanti coklat cip awak tu mencairlah kiranya?
Kathy Tuah said…
@Asyiqin Haulisah - bolehlah tahan lambatnya..lagi2 1st time buat tu..huhu..coklat cip tu mencair sikit je..tapi still sedap :)
Nieda said…
comel . sebiji masuk mulut tak terasa.
ejulz said…
nyaman da rupa.. p mcm sayang jak nak makan.. heehe
c i k r i f a h said…
tengok pun dah boleh bayang rasanya..boleh lah sy tempah dgn kak kathy yer? hhe!;p
Elih Japahar said…
Aik, napa comel sgt ni...buat perhiasan cantik ni..sayang nak makan tau :P

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.