Trip Ke Miri.

Assalammualaikum... 


(pssstt! perhatian! entri ini entri bergambar dan panjang berjela cecah lantai. harap maklum)


Pada 31/6 (khamis) yang lepas, tepat pukul 3 pagi. Aku dengan adik beradik aku + dengan family dorang telah bergerak dari Kuching ke Miri. Ye. Aku tahu pukul 3 pagi bukanlah satu tempoh masa yang cool untuk bangun, mandi dan terus masuk kete. Tapi memandangkan perjalanan nak ke Miri tu ambik masa lebih 12 jam, nak tak nak kene gerak jugak. 


Macam aku cakap sebelum ni, kita orang konvoi sebanyak 4 buah kete. Kalau korang nak tahu, perjalanan Kuching ke Miri tidaklah seOHSEM macam perjalanan JB ke Perlis. Sebab sini takde highway. Takde jugak R&R yang gila besar macam R&R Tapah tu. Tapi bak kata pepatah Melayu ~ alah bisa, tegal biasa. Sebab aku dah dekat nak sepuluh kali kut aku ulang alik Kuching - Miri - Kuching. Dah penah jugak Kuching - Miri - Sabah - Miri - Kuching. Bayangkan tahap kekebalan para montot kita orang -.-' 


(dah setahun trip kita orang ke Sabah, tapi aku tak penah up pun entri penuh dia. nantilah ye. kalau aku rajin cari gambar, aku up entri dia)


Malas nak citer lebih, korang tengok je gambar kat bawah ni (gambar ni tak ikut urutan tau, aku main letak je)





Ni kat Kuala Baram. Laluan nak ke Brunei. Masa ni dah petang dan angin dia kuat sangat - sangat. Atas sikit dari pantai ni ada tempat orang jual ikan. Selalunya pagi - pagilah dorang jual. Cuma ikan kat Miri ni boleh tahan mahalnya.





 Yang ni pulak dekat The Grand Oil Lady atau Telaga Minyak Miri yang terawal sekali di Miri. Ada jugak orang panggil tempat ni Canada Hill. Kalau korang nak tengok view bandar Miri. Korang naik je sini. Kalau malam pulak nampaklah limpahan cahaya lampu. Serius, cantik!





Ehem. Kalau korang nak tahu, dorang berdua ni abang sulung aku. Dan dorang ni kembar tau! Tapi kembar tak seiras. Tu pulak wife dorang. Sorang orang Melanau sorang pulak orang Jawa :) Cuma dorang ni takde pulak dapat anak kembar..


Eh, lupa nak cakap. Jambatan gantung ni hanya ada di Taman Awam Miri. Tempat ni memang sesuai untuk sape yang nak jalan - jalan. Bawak anak - anak lagilah sesuai sebab dia ada taman permainan versi air dan tak berair. Yang tak berair tu maksudnya ada buaian, gelongsor segala tu. Yang versi ada air pulak sume benda mainan tu dalam air. Kiranya mandi dalam tu sekalilah. Harap korang faham apa yang aku cakap ni ye ;D







Masa anak - anak buah sibuk main, aku, kakak dan abang aku sibuk ambik gambar. Tapi sebenarnya aku yang sibuk suruh abang aku ambikkan gambar aku. Kehkehkeh.

Okey, yang baju pink tu AKU dan yang baju hitam tu kakak aku.Ye. Kakak aku kecik je orangnye. Aku je dah makin membesarkan diri *sigh* Tapi seriuslah, kakak aku rendah dari aku. Dah tu ada 3 orang anak tapi masih chantek! Kene tuntut ilmu kat dia ni (^_^)









Gila jauh jugak nak ke Gua Niah ni. Dari rumah abang aku yang betul - betul dalam bandar Miri, nak ke sini hampir jugak nak 2 jam. Tapi masa sampai tu hujan pulak turun. Jadi ambik gambo jelah. Masa ambik gambar ni pun tak cukup ahli. Biasalahkan budak - budak, tak sume dia nak bergambar macam ni. 





Lepas ke Gua Niah, kita orang singgah ke Tanjung Lubang. Semalamnya sempat jugak pegi Luak Bay Esplanade tapi hujan pulak. Jadi takdelah ambik gambar kat sana. Kalau nak tengok sunset memang best kat Luak Bay tu.


Balik pada gambar atas ni. Ni dekat Tanjung Lubang. Nasib baik tak hujan. Cuaca yang sedikit mendung tu buatkan ramai yang bersantai - santai kat Tanjung Lubang ni. Cuma dalam cuaca macam ni, aku tetap rasa panas. Anak buah aku pun cakap panas. Walaupun dah duduk bawah pokok walaupun matahari memang takde! Kalau tak, takkanlah dahi aku tu berkerut masa ambik gambar. Huhu~







Sebelum balik, singgah ke Marina Bay pulak. Tapi Marina Bay masih dalam renovation. Sejak tahun lepas kut renovation tapi tak siap - siap jugak. Heh! Jadi kita orang ambik gambar kat luar je. 

Lepas tu kita orang pergi jenguk shopping complex yang ada di Miri ni. Saja nak cuci mata sebelum balik ke Kuching keesokkan harinya. Kita orang balik pukul 4 pagi pada hari Ahad (3/6/2012). 




 
 

last but not least gambar aku dengan anak buah aku yang nak jadi cikgu bila dah besar nanti. Doa - doakanlah ye :')



p/s - entri terpanjang di abad ni. hehe. aku malas nak buat entri satu - satu. jadi aku letak je sume sekali. senang. 




Comments

QueeN TerataI said…
WAH.. BESTNYA.. SYA PUN TERINGIN NAK KE SARAWAK NI TP BLM BERKESEMPATAN. :)
Yumida said…
mun kita da highway cam smnjg nun bok bez hoo..lancar jak perjalanan..makin2 gik area sibu ya..nang sempit jeraya..happening jak ktk org sia...bez rawon rami2 hoo
Nieda said…
Dapat bayangkan perjalanan dgn kereta tu. mesti kebas ponggong
Namee Roslan said…
saya pergi miri dulu tapi tak jalan2 sangat pun.wwuuuu.sedih !!! lain kali nak explore semua !! hehe :)
Ann Ishak said…
memang panjang entry ni babe tapi berjaya mengimbas kenangan jugak kan.
ejulz said…
yodehhh.. best eh.. hehe
eVa said…
wah byk tempat pegi... lamak mek x g taman awam miri koh.. tp slalu limpas jak nak ke merdekal mall ngga wyg haha..

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.