klik sekali~

Wednesday, June 27, 2012

Restoran Tasik Raban Ipoh, Perak.

Assalammualaikum.. 



Aku selalu je dengar pasal Restoran Tasik Raban ni. Aku ingat hanya ada kat Lenggong je tapi rupa - rupanya ada kat belah Ipoh jugak. Jadi trylah makan yang dekat dengan stadium tu. Baru 2 kali aku pegi sana. Bagi aku yang special kat sana adalah TEMPOYAK dia. Tapi ramai yang suka makan ikan bakar kat situ. Entahlah aku tak penah rasa lagi ikan bakarnya.







Kemain banyak ye nasi kau KT! Kata nak diet -.-' tapi macam aku cakap kat entry INI dulu, tempoyak antara menu yang boleh memusnahkan diet aku. Eceh. Alasan. Kehkehkeh~ 



Masa ni aku makan dengan dak Ehem2. Aku ambik ikan patin masak tempoyak, ulam - ulam + sambal tempoyak dengan sayur pucuk ubi masak lemak. Rasa ikan patin dia okeylah. Nak kata sedap sangat taklah. Ops! 






Yang pinggan nampak sipi - sipi tu, pinggan dak Ehem2. Dia ambik ikan masak sambal. Lupa pulak nama ikan tu. Tapi dia cakap kurang sedap.



Tapi bagi aku yang paling best kat situ dah tentunya dia punya ulam - ulam. Macam - macam ada. Dari petai, jering, halia muda, pegaga, tenggek burung, ulam raja, jantung pisang, pucuk ubi dan yang sama waktu dengannya. Sape penggemar ulam, kat sinilah tempat yang agak heaven tu korang. Siyes!


Oh ya, total makan ni RM 22. Termasuk air.  Air masa tu limau ais. Dua - dua limau ais.



Baru - baru ni aku dapat tahu selain cawangannya dekat stadium tu, rupa - rupanya dekat rumah aku pun ada jugak cawangan dia. Kat mana? Dekat Station 18, Ipoh. Betul - betul belakang Tesco. Aku dah berpuluh kali pegi Tesco tu tapi macam manalah aku tak perasan kewujudan dia. Heh~ 



Nanti nak try makan dekat Station 18 tu pulak. 



p/s - tak lama lagi kita puasa :') alhamdulillah puasa dah selesai diganti.. 





9 comments:

ejulz said...

nang nyaman laa.. hehe

man said...

semua cawangannya di perak aje ke..

ainnoraini said...

Wahh...sedapnya...
tempoyak mmg sedap kalau mkn mesti bertambah- tambah nasi..Pekena pulak dgn ulam..

Kathy Tuah said...

@man err..sy x berapa taulah..yg sy dengar yg sekitar perak je..maaf ye kalau x dapat membantu :')

nur anis said...

lauk-lauk kampung macam ni sedap..lagi-lagi dengan ulam..perghh..mesti makan banyak..

Nieda said...

tahniah tak utang dah...nanti buat hutang baru kihkih

Mrs. Norrie said...

wowwwwwwwwwwww...tempoyakkkkkkkkkkkkk...sedapnyaaaaaaaaa....feveretttttt (huruf2 panjang yg ditaip menandakan tempoyak sgt sedap...)

mr_abs said...

duhal, ktk rah ipoh lah? dekat jak kita duhal. sia nang nyaman mkn. belom nasik ganja gik. fuh :)

Papa-NtiQ said...



Salam. Saya baru singgah Restoran Tasik Raban di Lenggong bersama keluarga. Sangat puas hati dengan hidangan2 terutama ikan2 bakar dengan pelbagai jenis ikan sungai. Tempat parking luas dan ruang makan pun luas. Saya baru letak gambar2 yang diambil masa makan disini dalam blog saya di http://www.blogmakanbest.blogspot.com

Senang2 tu jenguk2 la ye blog saya ni. Semua topik 100% tentang makan, makan dan makan hihi…tempat makan2 yang menarik di merata tempat terutama sekali di Johor tanah tumpah darah ku :) Sila tinggal kn komen ye bila menyinggah tu dan kalu minat follow yer…terima kasih banyak2