klik sekali~

Wednesday, June 20, 2012

Nasi Arab Di Ipoh, Perak.

Assalammualaikumm..

Masa duduk Seremban dulu, teringin sangat nak makan Nasi Arab Damsyik yang kat Senawang tu (err..kalau tak silaplah).. Tapi asal lalu sana je mesti ramai je orang.. Jadi, aku sampai sekarang tak penah makan nasi arab kat situ :( 


Bila di Ipoh ni pulak, aku dikenalkan dengan Nasi Arab di Restaurant Malika Of Saba dekat dengan Greentown tu. Tiga kali dah makan kat sana. Kalau dah makan sampai berkali - kali, kiranya sedaplah kan? Hehe. 


Meh aku kenalkan dia punya makanan.




 
Okey, yang ni Lamb Haneeth. Harga dia RM15. Nasi dia banyak dan lamb dia pun banyak! Boss aku suka sangat makan Lamb Haneeth ni.





Yang ni pulak Lamb Kebab. Rasa dia masin sikit berbanding dengan Chicken Kebab. Harga dia RM 14.





Ni roti apa tah, aku pun tak tau nama dia. Uhuk~ Tapi kalau order kebab memang dia akan bagi. Gila besar roti ni. 





Chicken Kabsa! Nasi Arab Ayamlah konon - kononya. Rasa pun sedap! Harga dia RM10 je tau. Not bad lah kan?





Milo Ais dengan Lemon Juice. Aku suka Lemon Juice dia. Sedap sampai terbawak - bawak dalam mimpi! Over~ haha. Tapi serius memang sedap. 




Sape yang nak try makan nasi Arab kat Ipoh ni, bolehlah try kat sini. Banyak lagi menu - menu dia yang lain. Hujung minggu memang ramai orang datang sini. 



p/s - Nak try makan yang dekat Station 18, Ipoh pulak. Ada satu restoren Arab kat situ. Sameer apa tah nama dia.

14 comments:

ejulz said...

alu lapar ngga tok.. hehe

syafiqakarim said...

dekat sh.alam pnh makan juga.
1 kedai tu mcm..ergghh~~
1 lg tu ngetoppp

wahida said...

wow!! nasi arab!! my feveret!!

suka giler ngan nasi arab sampai saya rasa saya ni dah addict kot ngan nasi arab...huhu...

yg dekat senawang tu belum pernah try lagi walau dekat ngan umah MIL..ingat nak try one day nnt...

Yumida said...

nyamannya sis..harga ya berpatutan..teringin mok try..huhu

Kancil 8349 said...

tengok gambar nie..buat kita lapar plak

Nieda said...

NAsi arab memamg best ...sampai bawa dlm mimpi hihik

ieda said...

dah ramai org cerita pasal nasi arab nie
akk juga x pernah merasa , teringin nak mencuba ;)

Ann Ishak said...

Nampak sedap, harus cuba nanti bila balik rumah mil

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

xpernah lagi makan nasi arab ni.. tapi nengok cm menyelerakan dan mengenyangkan je..:)

Namee Roslan said...

dah lama tak makan nasi arab tapi kalau nasi arab yg kat seremban tu selalu pergi. hehe. :)sedap! hihi

cik maya cullen said...

nasi arab kedai sameer yg kat station 18 tu pun sedap.harga dia pn lebih kurg je.nt p try eh

Guru Besar said...

Yang dkt station 18 tak sedap langsung!

Guru Besar said...

Nasi arab dkt station 18 tak sdp langsung.macamnasi bangla.yg keja ponbangla

Guru Besar said...

Yang dkt station 18 tak sedap langsung!