Nasi Arab Di Ipoh, Perak.
Assalammualaikumm..
Masa duduk Seremban dulu, teringin sangat nak makan Nasi Arab Damsyik yang kat Senawang tu (err..kalau tak silaplah).. Tapi asal lalu sana je mesti ramai je orang.. Jadi, aku sampai sekarang tak penah makan nasi arab kat situ :(
Bila di Ipoh ni pulak, aku dikenalkan dengan Nasi Arab di Restaurant Malika Of Saba dekat dengan Greentown tu. Tiga kali dah makan kat sana. Kalau dah makan sampai berkali - kali, kiranya sedaplah kan? Hehe.
Meh aku kenalkan dia punya makanan.
Okey, yang ni Lamb Haneeth. Harga dia RM15. Nasi dia banyak dan lamb dia pun banyak! Boss aku suka sangat makan Lamb Haneeth ni.
Yang ni pulak Lamb Kebab. Rasa dia masin sikit berbanding dengan Chicken Kebab. Harga dia RM 14.
Ni roti apa tah, aku pun tak tau nama dia. Uhuk~ Tapi kalau order kebab memang dia akan bagi. Gila besar roti ni.
Chicken Kabsa! Nasi Arab Ayamlah konon - kononya. Rasa pun sedap! Harga dia RM10 je tau. Not bad lah kan?
Milo Ais dengan Lemon Juice. Aku suka Lemon Juice dia. Sedap sampai terbawak - bawak dalam mimpi! Over~ haha. Tapi serius memang sedap.
Sape yang nak try makan nasi Arab kat Ipoh ni, bolehlah try kat sini. Banyak lagi menu - menu dia yang lain. Hujung minggu memang ramai orang datang sini.
p/s - Nak try makan yang dekat Station 18, Ipoh pulak. Ada satu restoren Arab kat situ. Sameer apa tah nama dia.
Comments
1 kedai tu mcm..ergghh~~
1 lg tu ngetoppp
suka giler ngan nasi arab sampai saya rasa saya ni dah addict kot ngan nasi arab...huhu...
yg dekat senawang tu belum pernah try lagi walau dekat ngan umah MIL..ingat nak try one day nnt...
akk juga x pernah merasa , teringin nak mencuba ;)