Entri Versi Penulisan Terbaru.





Assalammualaikum.. 



Sekarang ni masa hati beku. Beku macam ketul ais tu. Nak diketuk takut pecah seribu. Mana tahu makin parah hatiku. Tak pasal – pasal nanti masuk pulak ICU. Yang susah siapa jugak nanti kalau bukan aku?



Entahlah kan, kadang – kadang tak tahu nak cakap apa. Tapi tangan gatal jugak menaip tak ketahuan hala. Nak jadikan entri katanya. Sebab blog dah berhabuk berkurun lama. Bukan tak nak up kan entri segala. Line kat kampung ni buat kesabaran ku tercabar. Apa taknya kalau asyik loading memanjang saja. Nak merungut pun tak guna, bukannya line terus laju macam roket di langit sana :( 



Sebenarnya aku baru balik dari bercuti. Kan dah cakap sebelum ni, yang aku bercuti bersama family. Walaupun hanya bercuti di Miri, tapi kepuasan tetap terasa di hati. Yelah aktiviti macam ni kan setahun sekali. Haruslah perasaan hepi bersemi di dalam hati. 



Tapi bila dah balik ke Kuching hati yang hepi jadi suam – suam kuku. Sebab dapat berita yang tak berapa nak best you! Berita apa tak yah lah aku bagi tahu. Biasalah hidup ni kan, takkan nak hepi je selalu. Ada saja cara Allah nak test aku dan kamu – kamu. Jadi kene siap sedia selalu.. 



Okaylah, bila line dah okay nanti aku balas kunjungan korang. Sebab masa aku menaip ni pun line dah hilang datang. Gambar pun seketul je dapat tampal. Tu pun menunggunya punya berjam – jam.



Apa – apapun terima kasih atas kesudian, singgah di rumah yang tuannya kejap – kejap hilang :) 



p/s – amacam entri ni? versi penulisan terbaru katanya ;D cool kan? berirama je time baca. Persis baca sebuah puisi, tak gitu? *Sukahati aku je nak berirama segala. Haha.





Comments

Nieda said…
Dah sampai semanjung ke blum?
Ada enrty berirama pulak mlm ni...heheh
eVa said…
Haha chewahhh... Tedah.. Lak blt mbak bertenang jak.. Kmk esok blt kuch.. Huhu
Yumida said…
aok bena kata ktk..kmk baca berirama...hope ktk sihat2 jak..
labulabi said…
wow grand old lady.dah masok 7 tahun kmk keja di miri p sik pernah pun kmk posing maut rah ctok.ambik gambar org bnyak la.hehehe.kmk mbacanya macam irama ombak di laut cina selatan.wakakaka.
ejulz said…
gik d kuching ka? sabar k..
Unknown said…
tak pa dear :) Hihi.. mun line tenet dah okey kelak ktk update k. rindu ktk!
Elih Japahar said…
Macam pernah lihat ko lah, tapi dimana ya...pernah p riverside superbowl kah?
Namee Roslan said…
kathy...jangan sedih. walaupun hati beku, lama2 dia akan lembut balik. sabar ok.:) nanti kalau rasa nak cerita, tulis lah dalam blog :)

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.