Dulu dan Sekarang.


Assalammualaikum.. 


Dulu aku kurus keding. Sekarang aku dah ‘comel’. Dulu aku tak pandai buat apam polkadot. Sekarang aku dah pandai buat (sambil buat muka berlagak. hehe). Dulu aku budak kecik. Sekarang aku dah dewasa. Dah boleh kawen pun ;p


Tapi itulah yang terjadi. Dulu dan sekarang ada bezanya. Kalau dulu kau tak pandai kat sekolah rendah tapi mungkin sekarang kau dah ada degree. Kalau dulu kau tak dapat ‘ayat’ dak Minah si gadis popular kat kampung kau tapi mungkin sekarang dia dah jadi bini kau. Ya. Dulu dan sekarang banyak bezanya. 


Macam tu jugak dengan perangai kau, kau, dan aku = KITA. (mana boleh aku sorang je kan? kehkehkeh)


Dulu mungkin kita ni jahat. Suka berpeleseran. Suka tipu mak bapak cakap pegi tution tapi kau merayap ke tempat lain. Suka bawak ‘toyol’ masa exam. Suka kutuk cikgu atau lecturer yang tak best. Dan semua serba –serbi yang tak baiklah.


TAPI, tahukah anda bahawasanya golongan seperti di atas MUNGKIN sekarang ini, di waktu ini sudah pun berubah? Dari seorang yang TAK BAIK kepada BAIK? Ya. Keberangkalian itu memang ada. 


Jadi, kalau hari ni kau tiba – tiba jumpa dengan kawan kau dulunya yang kaki pempuan, kaki rempit, kaki tiru, kaki kikis, kaki kutuk atau kaki ayam ~ maka bersangka baiklah dengan beliau. MUNGKIN sekarang ni beliau telah berubah. Dari kaki rempit jadi kaki surau. Dari kaki kikis jadi kaki sedekah (pemberi sedekah yang tegar) dan dari kaki ayam dah pakai selipar. Siapa tahukan?


Kenapa? 


SEBAB, kita tak boleh menilai seseorang itu melalui masa silamnya :) Yang jahat tak semestinya sentiasa jahat. Yang baik tak semestinya sentiasa baik. Itulah kenyataannya.. okey? PEACE (^^,)V




 dia ni dulu musuh ketat aku. selalu je gaduh tapi sekarang dah jadi geng. *usu rindu dengan adek :(


p/s – penah jumpa seorang insan yang dulu kemain GOOD lagi tapi sekarang? Hurm. 



Comments

Fazlinil Irma said…
iman kita sentiasa naik dan turun. tu sbbnya kita ni ada masa baik dan ada masa jahat/lalai.

moga Allah stsa pelihara iman kita.

:))

perangai kita jg skt sbyk ada kaitan dgn persekitaran. baik persekitaran/kawan dpt membantu kita utk jd org yg baik.

:))
labulabi said…
dolok lain kinek tok lain.yang sik berubahnya no ic jak.tol sik.hehehe
Elih Japahar said…
Inilah kenyataannya, manusia mmg sukar diduga..apa2 sj boleh berlaku, kerana itu hanya Allah yang Maha Mengetahui...sentiasa mohon agar kita menjadi insan yg baik dikalangan yg baik..:)

*kitak pergi Rainforest Festival sik? dekat Sarawak Culture Village?
kurus said…
begitulah perubahan dlm hidup dik
dulu kita 20an .. skrg kita menjangkau 30an dan seterusnya
alam sana sentiasa menanti kita
perbanyak lah amalan .. agar kita x gentar menuju kesana .. insyaallahhh .. aminnnnnnnnnnnnnn ;)
Ann Ishak said…
dulu saya gemuk, sekarang ni saya gemuk jugak...macam mane ni kathy ;)
Nieda said…
TQ FOR THE INFO.
nanti akak cari juga nasi arab ipoh tu.
Unknown said…
bena ya sis..dolok n kinek tok byk perubahan..cam kwn kmk x sangka nya brubah jd bgs..alhamdulillah

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.