Bila Keputusan Ujian Peperiksaan Tak Memuaskan.

Assalammualaikum..


Petang semalam anak buah aku call. Cerita pasal beberapa paper ujian dorang yang dah kluar. Si adik kemain semangat lagi cakap yang dia dapat banyak A. Tapi bila turn si abang pulak, dia cakap dia dapat satu A je. Walaupun takde satu paper pun dia gagal dan majority dapat B tapi dari alunan suaranya aku tahu dia kurang berpuas hati dengan keputusan yang dia dapat. Dan aku juga tahu dia jeles dengan pencapaian si adik.


Aku pun cakaplah dekat si abang, dulu masa dia darjah satu dia pun macam adik, selalu dapat A. Aku pun cakap jugak, nak dapat A mungkin semua orang boleh dapat tapi nak kekalkan A tu tak semua orang boleh buat. *lupa nak cakap yang adik darjah 1 abang lak darjah 4*


Sebenarnya, aku kene cakap semua tu untuk senangkan hati dia. Bukan apa, kang tak pasal – pasal ada yang bergaduh. Bukan aku tak tahu akal dorang adik – beradik ni, suka sangat nak tunjuk sape hebat. Lepas tu bolehlah dorang eksyen dengan abah dengan ibu dorang. Kiranya sape yang hebat tu dia bolehlah dapat perhatian lebih dari kakak dengan abang ipar aku. Heh. 


 
adik & abang..ni gambar masa dorang 'kamceng' tapi kalau dah bergaduh..tau-tau jelah -.-'
 

Tapi betullah kan yang kita memang boleh dapat A, tapi nak kekalkan dapat A tu aku pasti tak sume mampu buat. Macam tu jugak yang nak ambik SPM esok. Kalau sebelum ni korang ingat korang maintain dapat A, tapi esok belum tentu. Macam tu jugak sebaliknya. Bukan nak buatkan korang cuak, tapi itulah realitinya. Dan ‘akak’ korang ni dulu pun penah maintain A dalam satu subjek sepanjang form 4 sampai form 5 tapi bila result SPM kluar…kecewa! Subjek apa? Esoklah citer lagi sempena SPM kluar. Hehe. Apa – apa pun good luck untuk korang yang ambik result esok ^^

 

 
ni pulak hasil kerja si abang. tahun lepasnye.



p/s – malam tadi dapat text dari akak aku. dia cakap si abang ada tinggalkan note kat dia sebab masa akak aku balik dorang dah tidur. Note abang berbunyi macam ni ‘adik beruntung dapat A..jadi kalau ibu nak pukul abang, abang sedia terima hukumannya..’ bila aku dengar tu aku lak jadi sedih. Takut sangatlah tu. Tapi akak aku cakap takkan dia nak pukul sebab abang tak dapat A. Lagipun dia tengok keputusan abang ada peningkatan. Kira OKlah tu kan?

Comments

Yumida said…
kacak lukisannya...kmk dolok ne da sekreatif dpt molah cam ya...lukis pokok kedak batang pembaris..
sedih nengar bunyi abang madah gia...
Nieda said…
Alahai esok SPM nak kluar. Mak yg kejut perut.
eVa said…
ow tedah lok ngn si abg.. mesti nya down. mesti merik nya semangat. jeles nya ngn adek nya koh.. mek penah rasa kedak tok tym gik kecik kekekk
kurus said…
yelah dikk
samaelah ngan anak2 akak
dulu mereka x lah susah nak dpt A
skrg nie nak kekal kan A memang payah , baru2 nie periksa punn akak dpt B .. tu pun dia dah ngadu susah huhuh
Elih Japahar said…
Teringat time tunggu result SPM dulu, mmg nebes habis...sib baik ok jg ehehe..all the best utk yg ambil result esok :)
Namee Roslan said…
bila time result mesti cuak. sy faham apa yg mereka rasa :B

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???