Tiramisu Simple.
Assalammualaikum..
Bila puasa ni nafsu makan menjadi - jadi. Nak makan tu lah, nak makan ni lah. Sebelum puasa takde pulak anak tekak mengada nak makan tu ini. heh!
Jadi nak dijadikan cerita, aku pun teringin nak makan kek tiramisu. Sebelum ni penah buat kat SINI. Tapi tu aku guna kek. Tapi yang ni aku guna roti marie je pun.
tiramisu yang dibuat semalam :D siyes, sedap yang amat (okey, naik lift tekan sendiri nampak? kehkehkeh)
Memandangkan aku rajin sikit hari ni. Maka aku pun turunkan resepi yang ada. Eceh.
Bahan - bahan :
100gm cream cheese Philadelphia
100gm whipping cream (brand Emborg)
50gm gula
10 keping biskut marie.
Air Mochacinno 3 in 1. (air ni untuk celup biskut tu nanti)
Sedikit serbuk Mochacinno. (kau guna nescafe ke, vanilla latte ke, ikut suka ye. lebih tepat ikut tekak kau sendiri)
Cara Membuatnya :
Masukkan cream cheese, whipping cream dan gula dalam blender (rumah sewa aku ni takde mixer. jadi masuk je dalam blender. hehe). Sila blend bahan - bahan sampai gebu sikit. Pastu keluarkan dan letak dalam mangkuk. Masa nilah kau pukul lagi bahan - bahan tu dengan tangan. Ala, pukul kejap je. Bila dah nampak dia gebu, dah kira oklah tu.
Dah settle cream tu tadi, kau ambik mangkuk plastik macam dalam gambar kat atas. Kau ambik sekeping roti marie lepas tu celup dalam air mochacinno tadi dan susun kat bawah mangkuk plastik tu. (memandangkan punggung mangkuk tu, eh. bukan punggung, dasar mangkuk tu agak kecik dan roti marie yang aku guna tu besar, maka aku pun patah-patahkan roti marie tu dan susun ikut kreativiti masing - masing.)
Selepas je kau susun roti tu, kau ambik cream yang kau pukul sampai gebu tadi, kau masukkan sedikit kat atas roti yang ada dalam mangkuk tu. Jangan sampai penuh ye. Lepas tu tabur sikit serbuk mochacinno atas tu.
Dah tu, kau ulang lagi step yang sama iaitu celup roti dalam air mochacinno pastu letak atas cream yang ditabur dengan mochacinno pastu letak cream dan tabur balik serbuk mochacinno. Dan tutup bekas dia.
Kiranya buat dua lapis lah. Tapi lepas tu kau sambunglah buat untuk mangkuk - mangkuk yang seterusnya. Dah siap tu bolehlah simpan dalam peti ais. Berapa lama? Kalau aku, aku buat tengah hari, dah tu terus simpan dalam peti ais. Time berbuka dah boleh makan. Nom nom nom..
Eh, lupa nak cakap. Kuantiti bahan - bahan ni hanya dapat 5 bekas je untuk mangkuk macam kat atas tu. Kalau korang nak resepi untuk sebijik kek, korang klik je SINI. Okey?
Okeylah. Selamat mencuba dan Selamat berbuka ;D
p/s - maaf suma sebab takde nak BW akhir - akhir ni. agak busy menyiapkan manuskrip novel yang ke-2 :') apa - apa pun korang dan blog sentiasa ada dalam ingatan. Ewah ;p
Comments
bole try nanti........