Ikan Terubuk Masin Masak Lemak Nenas.
Assalammualaikum...
Masa nak datang Perak hari tu, aku adalah bawak sekor dua ikan terubuk masin. Alang - alang ada orang pesan, jadi aku bawak lebih sikit. Memandangkan ikan terubuk masin yang dibeli tu masih basah, jadi aku jemurlah dia dua tiga hari. Kasi kering sikit.
Kalau kat Kuching, kita orang selalu kukus je. Tak pun goreng. Tapi bila datang sini, nak try pulak buat masak lemak nenas. Serius, kalau kat Kuching, kita orang jarang makan masakan bersantan macam ni. Kecuali aku dengan abang aku yang INI je balik, baru ada makanan variasi lain. Hehe.
Jadi, inilah ikan terubuk masin masak lemak nenas. Okaylah kan, untuk makan sendiri. Huhu. Sebab aku memang tak berapa pandai masak. Kalau setakat masak untuk family or untuk future husband, mungkin lepas dah kut. Ehem - ehem, future husband tu (^_~)
Aku masak ni senang je. Mula - mula masukkan santan dalam periuk, lepas tu masukkan terus bahan yang ditumbuk (bawang putih & merah, cili kisar, sedikit belacan, serai,) pastu baru on kan api. Dah tu aku masukkan tepung kunyit, garam dengan serbuk perasa. Bila dah mendidih baru masukkan ikan dengan nenas. Aku masuk sekali nenas dengan ikan tu tau.
Kalau rasa dah nak masak ikan tu, masukkan daun kunyit. Bagi akulah kan, kalau masak masakan macam ni, daun kunyit tu paling penting. Okay, lepas tu biarkan kejap dan siap!
Kiranya ni versi tak yah nak tumis - tumis dulu bahan dia. Just masukkan je dalam santan tu. Tapi lain orang lain cara dia kan. Ni pun aku tulis main spontan je. Hehehe.
Comments
next time mek mok tag ktk la mun join segmen/ga..blh ka sis?
insyaAllah, tag jak..ney tauk masa ya kmk free..dpt kmk join ^^
oh ikan terubuk masin ..kegemaran ku ..nyam nyammmmmmmmm
sy kat ipoh ni..tunggu sy balik sarawak ye, insyaAllah sy leh carikan ^^
terliur tau...
Mohon izin cikpuan untuk copy paste gambar & resepi utk dimuatkan ke fanpage saya : http://www.facebook.com/kedaiummie
Untuk makluman cikpuan, kedai online saya menjual pelbagai produk makanan & kraf dari Sarawak. Ada kek lapis, ikan terubuk masin, pes laksa sarawak dll :)
Terima kasih