Filem Battleship & 3 Temujanji.

Assalammualaikum…


Aku ni jarang sangat nak tengok wayang. Jadi, dalam setahun tu ada 2 ke 3 kali je aku pegi. Tapi tahun lepas, aku masuk sekali je kut. Kalau tak silap masa tu filem Ombak Rindu. Hihi. Itupun sebab aku suka baca novel dia. Jadi semangat nak tengok tu memang membuak – buak (huh, over!)


Tapi tahun ni pulak, aku dah tengok dua filem. Iaitu filem 3 Temujanji & filem Battleship. Kira okaylah kan, sebab ada kemajuan berbanding tahun lepas yang hanya tengok satu filem ;D Cuma aku ni, kalau nak tengok sesuatu filem tu, aku akan pastikan yang aku tengok citer tu masa dia baru keluar. Selalunya, hari pertama atau hari kedua filem tu kluar, aku memang dah tengok. Kalau dah lebih seminggu, takdenya aku nak tengok lagi. Sebab feel dia dah lain tau (-.-)





Okaylah, walaupun filem 3 Temujanji dah lama kluar, tapi aku nak citer sikit tentang filem ni. Bagi aku, filem ni best. Tak berat sangat. Ada part yang sedih (tapi takdelah sampai nak nangis segala ye), ada part lucu dan ada part yang romantic. Tapi yang paling penting ada mesej yang diberi. Apa mesej dia? Kalau tanya akulah kan, mesejnya simple je. Sesuatu yang terjadi kat orang lain tak semestinya akan jadi kat kita jugak. Jadi, kenapa perlu kita takut dengan sesuatu yang kita sendiri tak pasti akan terjadi ke tak, kan? Faham tak? 

Macam ni dalam filem ni Riana (Yana Samsudin), dia buat pendirian yang dia bercinta dengan lelaki dalam tempoh 3 Temujanji je. Lepas tu dia dengan pasangan dia akan clash secara baik. Dia buat sume ni sebab background family dia. Dia takut apa yang jadi kat mak dia, akan jadi kat dia. Bagi aku tak adil dia buat macam tu pada diri dia sendiri.


So, korang faham dah mesej yang aku cakap kat atas tadi? Tapi itu melalui permahaman akulah. Kalau orang lain, aku tak tahu.




Untuk filem Battleship pulak, filem ni pun best. Bila dah best, jadi agak mencabar jugaklah aku nak booking seat untuk filem ni. Sebab seat yang strategic memang dah ada je orang booked. Nasib baik booking secara online, kalau tak jenuh jugaklah pekerja kat TGV tu nak melayan kerenah aku ;D Dan kat TGV Ipoh malam tadi, yang malam nye sume dah sold out. Tengok, hebat tak hebat penangan citer ni..


Citer ni mengisahkan dorang NAVY berperang dengan alien. Lebih kurang macam tu lah citer dia. Aku ni bukan nak buat review filem okay, aku cuma nak sampaikan apa yang aku faham dalam citer ni je (eh, bukan lebih kurang sama je ke. Huhu.) Okaylah, citer ni penuh dengan aksi. Tembak sana, bom sini. Yang paling ohsem, kapal perang dak alien tu. Macam Transformers je dah aku tengok.


Tapi, macam biasa. Setiap filem ke, drama ke, memang ada mesej yang dorang bagi. Cuma mesej yang sampai kat kita tu kadang – kadang tak sama. Kalau tanya aku apa yang mesej yang aku dapat dalam filem ni, jawapan aku adalah, teamwork.


Sebab dalam citer ni ada navy jepun tu tak ngam dengan navy AS. Tapi bila dorang berdepan dengan masalah, iaitu berdepan dengan alien. Dorang boleh bekerja dalam satu kumpulan. Memanglah dalam sesuatu perkara kita boleh buat sorang – sorang tapi kalau dah perkara tu besar macam nak lawan alien, tu mampu ke nak buat sorang – sorang? Masa tu nyawa bukan kat hujung tanduk lagi tau, tapi dah jatuh bergolek dari tanduk dah pun. (Yang aku emo semacam ni, apa kes?)


Tapi, itulah mesej yang aku faham dalam citer ni. Korang jangan main tengok je tau, tapi korang kena faham dan ambik yang baik dalam sume citer yang korang tengok. Cuma, macam aku katakan tadi. Lain orang, lain pemahaman dia. Jadi, untuk memahamkan diri korang, baik korang pegi tengok dua citer ni. InsyaAllah, berpuas hati (^^,)V


p/s – ada orang cakap Street Dance 2 pun best. Betul ke?


eh, gambar tu sume dari gugel..


Comments

ejulz said…
blm diat gik suma cita ya.. hehe
YattAkasah said…
nak tngok 2 2 cite ni..huhu
kurus said…
yes dikk street dance tuu sedap .. sayang akk x der genag nak tgk , hubby x suke tgk wayang huhuh
Yumida said…
kmk pn minat gila ngn novel..kakak ipar mek suka beli novel..kmk la tukang minjamnya..hihi
eVa said…
aok mlm tadik mek da ngga.. best ow!! lucu pun da juak.. mula itok bh pa benda ya.. yobihh asa ngga crita hantu ndah mek ahahaha
Kancil 8349 said…
filem Battleship tu yang best...ndak sabar mahu menonton...
[sutera kasih] said…
duak2 filem ya belom tgk lg huhu
emarieys said…
ema selalu akan tgk bila dah keluar kat astro first,

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.