Petua Kesihatan Kulit Wajah.

Assalammualaikum..

Hari ni nak kongsi sikit petua ‘kesihatan’ wajah. Kenapa bukan petua ‘kecantikan’ wajah? Sebab aku tak nak taksub sangat dengan perkataan cantik tu, tapi biarlah aku taksub dengan perkataan kesihatan..*boleh pulak macam tu kan? Hehe~

Okay, petua ni diambik dari pengalaman aku sendiri. Kita bermula dengan petua ;

Petua Kurangkan Jerawat.
Nak kurangkan jerawat senang je iaitu jangan picit jerawat tersebut. Kalau kita picit jerawat, air jerawat tu nanti akan terkena bahagian kulit lain dan secara tak langsung akan membuatkan ia menjadi benih untuk pertumbuhan jerawat yang baru. Jadi, control kan sikit tangan tu daripada nak memicit ye..

 JANGAN picit jerawat macam ni..

Petua Hilangkan Jerawat.
Nak hilangkan jerawat yang baru nak tumbuh pun senang. Dan aku memang amalkan petua ni iaitu dengan meletakkan hirisan kentang pada jerawat yang baru nak tumbuh  tu. Caranya, hiris kentang senipis mungkin dan potong kecik – kecik sebelum letak pada jerawat. Biarkan sampai kentang tu kering. Buat sampai jerawat tu kecut.

Kalau ikut kulit akulah kan, dalam masa tiga hari je jerawat akan kecut. Dan selalu aku buat sebelah malam. Tapi kalau yang nak buat sebelah siang pun boleh. 

 hirisan ni tebal dan besar sangat..buat nipis dan kecik sikit okay?

Petua Kurangkan Whiteheads dan Blackheads.
Dulu hidung aku memang ada je benda dua ekor ni. Kat bahagian pipi pun ada jugak tapi tak sebanyak dekat hidung. Tapi sejak akhir – akhir ni dah makin berkurang dan korang nak tau tak apa petua yang aku guna? Aku cuma wap kan muka aku dengan air panas dan hasilnya cukup memuaskan hati.

Caranya pun senang je. Ambik air panas. Masukkan dalam bekas sederhana besar (aku guna baldi). Kalau dah nama pun air panas mesti nampak asap berkepul – kepul naikkan? Dan dengan menggunakan asap itu korang wapkan muka korang dengan menutup bahagian kepala dengan tuala. Biar asap tu tak keluar (ala – ala sauna gitu).

Kalau tak tahan, korang bukak kejap tuala. Lepas tu tutup balik. Buat sampai korang rasa kulit muka korang dah keluarkan banyak peluh. Aku buat kejap je. Tak sampai 10 minit sebab tak tahan. Huhu. TAPI, aku buat seminggu sekali dan kadang – kadang seminggu tiga kali. Kalau buat setahun sekali jangan harap nak nampak keberhasilannya..

 lebih kurang macam nilah nak wap kan muka tu, cuma kene selubung habis, tak yah nampak muka macam ni..*dia ni model nak ambik gambar kut~


Petua Hilangkan Parut Jerawat.      
Korang ambik sebijik tomato, belah 2 (kalau tomato besar, belahlah 4) lepas tu gosok pada kulit muka. Dah gosok, korang biarkan dia kering. Lepas tu basuh dengan air. Kalau aku, aku gosok before nak tidur dan akan basuh bila dah bangun tidur keesokkan harinya. Buat 2-3 seminggu. InsyaAllah, kalau korang rajin buat korang akan nampak hasilnya.


 banyak khasiat tomato dalam kesihatan yang kita tak nak ambik tahu..

****************************

Okaylah, itu part petua lama yang kita kongsi bersama. Aku tahu ramai yang tahu sume ni, tapi nak buat tu MALAS. Betul tak? Aku pun tak terkecuali. Hehe~

Tapi sebelum aku tutup entri ni aku nak pesan dekat korang..tolong jangan mudah terpengaruh dengan iklan – iklan kecantikan yang ada kat luar sana. Bukan aku suruh korang boikot ke apa, tapi aku nak mengingatkan je =)


manusia akan benar - benar cantik ketika dorang masih baby macam ni..

p/s – cantik tak semestinya sihat. Tapi kalau dah sihat insyaAllah akan menjadi cantik ^^

psst..gambar dari Google~

Comments

Ann Ishak said…
tiba2 saya rasa bersemangat nak ikut petua kathy n, terus nak buat sekarang jugak...wish me luck
Unknown said…
bagus info ni.. ada juga yg saya x tak tahu dan sya ni mmg suka picit jerawat mungkin sbb tu makin menjadi2 jerawat kat muka ni... huhu mmg kena kontrol tgn ni... pantang ada jerawat mesti nk picit.. :)
Elih Japahar said…
Kentang ni selalu buat ^_^ mak yang ajar...nice sharing Kathy...hehe
No name said…
wap muka, benda baru tue,, boleh cuba nie.. Bye black n white head.
Qhaifa Nur said…
tak pernah picit jerawat sebab takut berbekas...
banyaknya info yang berguna..tq
kurus said…
TQ sharing dik
akak jarang tumbuh jerawat di muka .. kalau ada kecil aje .. tu punn akak biarkan aje .. x pernah nak cubit2 .. dah akak suke makan tomato .. org cakap tomato nie tidak membiarkan kulit wajah kekeringan kan ;)
Nieda said…
Weh.... comel lah budak tu.

Wajah kena jaga elok2 nanti jatuh saham
Namee Roslan said…
wah, nk try. nak2 yg blackhead tu ! benci betul ! tak sbr nk try. esok ! hehe. txs kathy :)
Annisa said…
Assalamualaikum,
nice tips. mok kmk ikut apa ktk padah tok :) yang kentang yang kmk baru tauk.. ^_~ thanks for sharing <3
mumui said…
nice tips! kmk salu jak picit jerawat rah dagu... ehehe.. tgn gatal!
Unknown said…
KMK NAK TRY PETUA NGILANGKAN BLACKHEADS YA LAH..

COMEL NAR MUKA BABY YA..BULAT JAK MATANYA
emarieys said…
banyak petua..cuma rajin dan malas nak buat nya..hehee
ejulz said…
k wap nasik pun jadi laa.. haha
Unknown said…
Eza nak cuba yang wap tu.. hihi. lama dah cari solutions masalah bintik hitam kat hidung.. mekaseh ktk share benda tok.. :)
Jangan picit jerawat,SETUJU :)
kentang makan pon sedap.hehe.
Unknown said…
Yupp try la, sy da cba..mmang nmpk hasil :) lag2 klau gna mask putih telur asli, skarng jrawat pn dh kurang..just prkongsian >.<

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.