Posts

Hello 2017!

Image
assalammualaikum~  tiba-tiba baru teringat yang diriku salah seorang blogger ;p ntah mimpi apa ntah baru nak gedik update kat sini padahal hari-hari je kau online buka instagram bagai. harini pun dah seminggu tahun baru tahu tak? ye tahu. tahu.  untuk mukadimah, cukuplah sini je. dengan nak berebut laptop dengan ainan lagi. alahaiii anak~ baru sorang belum 10 orang. eh eh eh. ilekkk lu kehkeh. oklah. selamat tahun baru! semoganya tahun ni lebih baik malah paling terbaik dalam hidup kita, aminnn~ 

Diari Kehamilan : Usaha Untuk Mengandung

PERHATIAN! ENTRI NI TELAH DITAIP PADA 19/1/2015 *masa kandungan baru 2 bulan tapi baru publish sekarang anak dah setahun lebih* aku kawen bulan 6, 2014. masa kawen tu memang time subur. masa tu jugak dah berangan nak dapat bunting pelamin hiks! umur 28 dah kan, pewaris harta kena ada--berhartalah sangat kan -.-' harta akhirat, sebenarnya :') tapi bila aku period bulan 7 tu aku masih cool lagi. yalah, awal lagi kut? lek lu! bila masuk bulan 8, aku dah mula search tips untuk cepat mengandung--usaha untuk mengandung. dan segala macam keyword aku search kat google tu. jadi bermula usaha aku untuk mengandung. oh ya, encik suami turut berusaha sama dalam melunaskan misi aku ni kehkehkeh. asid folic.  bulan 8 aku start makan asid folic. beli jenama appeton kat watson. encik suami turut digesa makan sekali. biar dapat hasil yang memuaskan hati ;p tapikan, antara aku dengan encik suami, akulah yang paling ngelat makan. bukan tak makan, tapi kadang2 dah nak petang ke ma...

Mengandung - Berpantang - Bersalin

assalammualaikum :)  lama menyepikan diri. mood berblog pun dah kelaut dalam. ini pun tengah berusaha untuk naik ketepian ;p bukan setakat blog, fb dengan insta pun sekadar jenguk. pastu jarang nak post macam2 dah. entahlah. faktor usia atauuu sebab ada 'benda' lain nak diulit? ;D  sebenarnya, aku dah enam bulan lebih selamat melahirkan seorang baby perempuan. sebab tulah asyik nak mengulit dia je. ke alasan je ni? kehkehkeh tapi, kiranya ini entri pertama aku sebagai seorang emak. EMAK okay. emak ;) alhamdulillah semuanya masih dalam keadaan terkawal walaupun aku rasa macam eh tak sangka dah ada anak sorang~ tak sabar rasanya nak tambah satu lagi *lantas menjeling suami yang ada di sebelah ;p* entri pengalaman mengandung anak 1st ni dah ada sebenarnya cuma tak publish lagi. bukan apa, biarlah aku dah selamat bersalin dulu barulah aku share hal ni semua, sebab aku kalau boleh tak nak kecoh2. tapi segala pengalaman aku daripada pregnant, mahupun berpantang da...

Lokan Bakar dan Puding Kelapa Di Salut, Sabah.

Image
*semoga sabah sentiasa di bawah lindunganNYA* sebelum ke sabah, aku dah list kan tempat mana yang bakal kita orang jejak. dan yang teratas sekali dalam list adalah menjejaki lokan bakar! punyalah lama aku simpan impian nak makan lokan bakar ni. masa tu aku tengok dekat tv. gerai yang ada pun tak banyak masa aku tengok dalam tv tu. tapi bila dah sampai dekat sana, boleh tahan banyak jugak gerai2 jual lokan bakar ni. lokasinya dekat SALUT. eh lupa nak cakap ni cerita tahun lepas ya. bulan 6 tahun lepas. dah nak setahun berlalu kan? uhuk!  mengancamkan puding kepala ni. stress aku bila tengok gambar ni sebenarnya hahaha~ selain lokan bakar, aku jatuh cinta dengan puding kelapanya. ya ALLAH, sedapnyaaaa~ mohon jangan mengidam puding ni ye baby, eh? :) sebelum ke sini kita orang daripada kundasang. cari hotel dulu dekat bandar KK lepas tu baru patah balik ke salut ni. bila dah lapar~ dua dulang lokan aku dengan encik suami bantai ;D  berdebar2 pulak mula2 n...

Canopy Walkway/Jambatan Atas Pokok di Poring Hot Spring.

Image
masih berkisar di sabah. cerita tahun lepas. dan canopy walkway ni antara tempat yang aku nak sangat2 pergi. tak taulah kenapa aku semangat sangat nak naik jambatan kecik tergantung atas pokok tu. canopy walkway ni dalam Poring Hot Spring jugak. cuma kena jalan sikit. bayar lagi. tapi taklah mahal sangat.  ambik gambar dulu. banyakkan tempat2 yang ada kat sini. tapi misi utama kita canopy walkway yeyyyy!  nampak tak atas tu. situlah check point kita~ kena bayar RM3 dan kamera pun kena bayar tapi tak ingat berapa T_T tapi diingatkan siapa yang ada masalah sakit jantung, gayat dan darah tinggi--diminta fikir 378824629 kali nak ke tempat ni.  aku ingatkan lepas bayar teruslah ada jambatan tu tapiiiii~ indah khabar dari rupa. rupa2nya kena jalan naik bukit sampai satu saat aku give up! serius. baru naik sini, kalau naik gunung kinabalu mahu pengsan di kaki bukit aku dibuatnya. stamina takde langsung huh!  nasib ba...

Resepi Pisang Goreng Rangup dan Resepi Sambal Kicap.

Image
aku dengan encik suami penggemar pisang goreng. tapi kalau boleh biarlah pisang tu kami sendiri yang goreng untuk dijadikan pisang goreng ;p kalau beli di kedai, macam2 rasa akan dijumpa. keras tahap liat. tepung lebih semata. pisang sebesar jari kelengkeng. dan paling tak best bila pisang goreng ni sejukkk~ satu lagi pisang yang dah lembik sebab terlebih masakk~ pisang yang paling kita orang suka ialah pisang nipah. atau pisang kepok padah orang sarawak ;D kalau pisang lain kurenggg sikit rasanya. jadi~untuk mencapai tahap kesedapan di tekak kami laki bini, buat sendiri adalah keputusan yang bijak. akukan suka makan pisang goreng, bila dah suka haruslah semangat nak buat. apatah lagi encik suami suka jugak, kan dapat pahala tu :')  dan ini resepi daripada mak aku, campur dengan hasil carian di google. maka terhasillah resepi pisang goreng ni. masak ni pandai2 kita adjust. biar kena selera kita. kita yang nak makan kan?  resepi pisang goreng.  ...

Poring Hot Spring (Tempat Menarik Di Ranau, Sabah)

Image
selepas bermalam di ranau, esoknya sebelum check out aku dengan encik suami ke Poring Hot Spring. tak jauh sangat dari pekan ranau. awal2 pagi dah terpacak kat sana. bayar RM3 kalau tak silap. tapi kalau kita dah pergi Kinabalu Park, kita tak perlu bayar untuk masuk sini. kiranya tiket Kinabalu Park valid kat sini untuk satu hari sahaja. aku dengan encik suami dah pergi semalamnya jadi terpaksalah beli tiket lagi. oh ye, ni kisah tahun lepas -.-' jambatan yang kucing tu lalu jambatan lama rasanya. sebab yang kita orang lalu jambatan konkrit. masa ni orang tak ramai lagipun. sunyi. tenang dan mendamaikan :)  kat sini banyak tempat boleh teroka. tapi aku dengan encik suami memilih untuk ke kolam air panas dengan jambatan atas pokok.  tengokkk~ betapa awalnya kami sampai hingga takde orang pun hehehe. mulalah mencari port yang best untuk merendamkan kaki. tak mandi pun walaupun masa ni kita orang memang tak mandi lagi kahkahkah~ me...