Lokan Bakar dan Puding Kelapa Di Salut, Sabah.

*semoga sabah sentiasa di bawah lindunganNYA*

sebelum ke sabah, aku dah list kan tempat mana yang bakal kita orang jejak. dan yang teratas sekali dalam list adalah menjejaki lokan bakar! punyalah lama aku simpan impian nak makan lokan bakar ni. masa tu aku tengok dekat tv. gerai yang ada pun tak banyak masa aku tengok dalam tv tu. tapi bila dah sampai dekat sana, boleh tahan banyak jugak gerai2 jual lokan bakar ni. lokasinya dekat SALUT. eh lupa nak cakap ni cerita tahun lepas ya. bulan 6 tahun lepas. dah nak setahun berlalu kan? uhuk! 


mengancamkan puding kepala ni. stress aku bila tengok gambar ni sebenarnya hahaha~


selain lokan bakar, aku jatuh cinta dengan puding kelapanya. ya ALLAH, sedapnyaaaa~ mohon jangan mengidam puding ni ye baby, eh? :) sebelum ke sini kita orang daripada kundasang. cari hotel dulu dekat bandar KK lepas tu baru patah balik ke salut ni. bila dah lapar~ dua dulang lokan aku dengan encik suami bantai ;D 



berdebar2 pulak mula2 nak rasa kelapa bakar ni ;p siap keluar asap kauu! festaim kut? jakun sikit kahkahkah


walaupun sini femes jugak dengan kelapa bakar, tapi aku dengan encik suami tak berapa suka sangat. entahlah. air kepala yang dah dibakar ni rasa hangus2 sikit. tak habis pun kita orang minum. tapi alang2 dah sampai kenalah cubakan? 




masih terasa kesedapan lokan ni di tekak aku. aku penah jugak buat lokan bakar tapi aku bakar dalam periuk ajaib. sedap jugak tapi taklah sesedap yang ada dekat salut ni T_T



mula2 kita orang ambik sedulang je dulu. saiz sederhana. lama jugaklah nak tunggu dorang bakar. tapi penantian tu berbaloi bila lokan bakar ni masuk dalam tekakkkk~ tak pasal2 encik suami order lagi sedulang hahahaha 




encik suami hantar gambar dekat family group wassap. saja bagi abang2 dengan kakak2 aku semangat nak datang sini ;D plan nak pegi tahun ni tapi ramai pulak yang mengandung belah family aku. ada yang dah cukup bulan. ada yang nak masuk 8 bulan. ada yang baru saja mengandung. hiks! apa2 pun alhamdulillah :')


bukan setakat lokan bakar je order sedulang, puding kelapa pun order lagi sebiji. habis okey. kecuali kepala bakar tu -.-' lokan bakar tu cicah dengan sambal cili campur perahan jus limau sikit, huh! meleleh air liur bila dikenang semula. 



kalau dekat kuching kita orang suka masukkan isi lokan dalam lauk umbut kelapa. buat lagi masak manis, mak aiii. sedapnyerrrr~


banyak pilihan kedai kat sini. aku pun tak tau kedai mana yang sedap. kita orang main terjah je. dan alhamdulillah kedai di pilih sesuai dengan kehendak selera kami. 



bagi aku harga dia amat berpatutan. puas kut makan~ 


ambik saiz yang sedang2 saja~~ kalau ambik yang besar macam sikit pulak. kalau ambik yang kecik macam kecik sangat isi dia T_T jadi ambiklah yang sedang2 atau sederhana. berbaloi2 :) 



insyaAllah akan ke sini lagi kalau ada kesempatan. sabah negeri yang sering disebut kami laki bini hehe. tempat jatuh lagi dikenang apatah lagi tempat honeymoon kehkehkeh~


so, pada yang nak ke sabah tu silalah masukkan dalam list korang aktiviti makan lokan bakar dan puding kelapa. insyaAllah, tak menyesal punya :) 



p/s : terima kasih pada blogger2 yang bagi direction untuk ke salut ni. bagi komen. bagi cadangan. tu yang special nya jadi blogger. kita orang bukan gedik2 nak tunjuk mana kita orang pegi. mana kita orang makan. tapi untuk bagi korang info jugak. besar jasa blogger2 ni tau :) 






Comments

ejulz said…
Lmk x mkn lokan. Hehe
Anonymous said…
Hi Kathy,

I'm Clarissa, from The Star newspaper. I tried emailing you at kathy_tuah@gmail.com but couldn't.

I stumbled upon your blogpost about buah keluak here: http://gadisarawakcorner.blogspot.my/2011/07/buah-kepayang-atau-buah-keluak-part-1.html, and wanted to ask if you and your mum are interested in participating in our filming for an episode about buah kaluak.

Please get back to me as soon as you can.

Cheers

Clarissa Say
018-3298653
The Star, R.AGE staff writer

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.