Mengandung - Berpantang - Bersalin

assalammualaikum :) 


lama menyepikan diri. mood berblog pun dah kelaut dalam. ini pun tengah berusaha untuk naik ketepian ;p bukan setakat blog, fb dengan insta pun sekadar jenguk. pastu jarang nak post macam2 dah. entahlah. faktor usia atauuu sebab ada 'benda' lain nak diulit? ;D 


sebenarnya, aku dah enam bulan lebih selamat melahirkan seorang baby perempuan. sebab tulah asyik nak mengulit dia je. ke alasan je ni? kehkehkeh tapi, kiranya ini entri pertama aku sebagai seorang emak. EMAK okay. emak ;) alhamdulillah semuanya masih dalam keadaan terkawal walaupun aku rasa macam eh tak sangka dah ada anak sorang~ tak sabar rasanya nak tambah satu lagi *lantas menjeling suami yang ada di sebelah ;p*


entri pengalaman mengandung anak 1st ni dah ada sebenarnya cuma tak publish lagi. bukan apa, biarlah aku dah selamat bersalin dulu barulah aku share hal ni semua, sebab aku kalau boleh tak nak kecoh2. tapi segala pengalaman aku daripada pregnant, mahupun berpantang dan bersalin nanti -- yang bakal aku kongsi kat blog ni, hanyalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman. lain orang, lain pengalaman diakan? lagipun nanti kalau ada rezeki mengandung lagi, bolehlah aku rujuk kat blog sendiri. oh ya, sepanjang mengandung, berpantang dan bersalin, aku memang sukaaaa baca pengalaman blogger - blogger. terima kasih pada yang berkongsi tips, cerita dan sebagainya tu ye :') 


lepas ni confirm blog ni dah jadi versi blog berkonsep anak dan ibu ;p yalah, aku pun nak juga abadikan kenangan membesarkan anak kat sini. manalah tahukan, umur tak panjang nak cerita dengan anak pengalaman kita, jadi dia bolehlah godek - godek kat blog ummi nya ni. tapi harap2 masa tu blog ni masih ada lagilah hehehe 


*setiap pengalaman yang dilalui mengajar aku erti sebuah kesabaran yang tiada tandingannya. walaupun ada ketika air mata menitis jua, tapi tahap sabar masih bersisa di dalam hati. moga ia terus bersemadi di situ sampai aku mati* 





Comments

Qhaifa Nur said…
Tahniah dh jd seorang ibu..
Dpt gegurl.. pasti comellll

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.