assalammualaikum. hi. hello. 

macam mimpi je malam ni tetiba buka blog ;p rindu bertamu pula pada blog sendiri~ aku pun lupa sebenarnya aku ada blog yang hidup segan mati tak mahu ni. sayang sebenarnya blog ni. banyak kenangan. banyak cerita dah kongsi kat sini. ada suka ada duka. semua ada errr..tak semualah. sebahagiannya je. 

aku sekarang ni alhamdulillah makin sihat dengan jayanya. ye ye je lepas pantang turun dekat 15 kilo, pastu naik balik dekat dekat nak 15 kilo. frust. tapi nak frust sangat tak boleh. sebab itu kesalahan aku sendiri kehkeh siapa suruh makan tak ingat dunia! so, rasakannn! aku pernah juga acah acah nak diet, tapi diet hanya di mulut -- bukan diperut T_T frust sekali lagi, heh! 

aku okay je dengan 'keberisian' badan aku sekarang cuma aku tak okay bila orang tegur. tegur dalam hati, tak boleh ke? -.- Bulan puasa ni, aku sahur kemain oat bagai. tapi berbuka nanti macam ada bela saka! Aku ni berbuka nasik teruihhh so, kalau dah sedap masakan sendiri pastu kau lapar..rasa bersalah pulak kalau makan tak bertambah kahkah Ada dua masalah ayat aku kat sini, pertama terpuji masakan sendiri, kedua boleh pulak nak timbul rasa bersalah bagai :p 

sepanjang puasa ni, aku tak ada beli macam orang kebulur dekat bazar ramadan. sebab sebelum keluar aku dah siap siap masak :') selalu beli teh ais dengan kuih je. kadang - kadang aku tak percaya aku boleh jadi seorang yang pandai berjimat akhir akhir ni hikhik Ni laki aku baca ni mahu tersengih menyindir beliau! jimat sangatlah konon hahaha padahal membazir ke bahagian lain T_T 

jadi begitulah ceritanya. sekian. eh apa ni sekian terus? tak habis lagi..nanti aku sambung di entri akan datang. mungkin dalam tahun 2020 ;p ok. bye bye~ 

Comments

ejulz said…
Lamak glak x aktif ya.. hehe

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.