Posts

1st Giveaway by BondaQalish

Image
Assalammualaikum.. Seperti biasa, siapa nak join boleh klik SINI atau klik banner di bawah ni :) Hari ini last day tauuuu.. cepat! All the best buat semua. Gittew ^^

1st Giveaway By Fatimah Azzahrah

Image
Assalammualaikum.. Lama gila tak join GA atau contest dekat blog ni. Malam ni terdetik nak berGA lagipun hadiahnya agak menarik :) Pada yang nak join, boleh klik SINI atau klik dekat banner. Ikut syarat penyertaan yang telah ditetapkan dan tunggu hadiah depan pintu. Amboi~ berangan menang terus. Hahaha. Apa - apa pun marilah kita berGA :) p/s - misi mencari GA yang boleh dijoin. hehe.

Resepi Kueh Teow Sup Mudah

Image
Assalammualaikum.. Resepi ni mudah dan ringkas. Dan boleh dikatakan sedap jugak ;p Tak nak taip panjang, kita terus tengok resepinya.  Bahan - bahan untuk sup. Daging / ayam yang dipotong kecik. Bawang putih, bawang merah dan halia dihiris2. Rempah ratus 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)  Garam secukup rasa Serbuk perasa secukup rasa.  Air.   Cara membuatnya. Masukkan semua bahan kecuali garam dan serbuk rasa ke dalam periuk. Rebus sehingga daging/ayam empuk. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Bahan2 Sampingan. Kueh Teow dicelur sekejap je. Sawi dan tauge juga dicelur kejap. Telur separuh masak Sambal kicap (tumbuk cili padi dan bawang putih - gaul dengan kicap, gula dan perah sedikit limau kasturi) Dah settle semua kat atas tu, boleh dihidangkan. Ambik kueh teow, letak sup, campak sawi dan taugeh dan pecahkan telur separuh masak. Letak pulak sambal kicap. SIAP! Mudah d...

Pulanglah MH370

Image
 Assalammualaikum.. Sebenarnya aku tahu berita ni dekat FB. Mula - mula aku ingat benda ni tak betul jadi aku ignore. Bukan apa, selama aku naik belon (kapal terbang) aku langsung tak pernah terfikir yang belon yang aku naik itu akan hilang. Yang aku fikir belon akan terhempas je.  Tahu ~ Hal seperti ini pernah terjadi. Tetapi mungkin disebabkan ia berlaku di luar negara jadi aku anggap benda tu tak akan jadi kat Malaysia. Rupa - rupanya tak ada yang mustahil. Kun faya kun. Gambar atas ni aku ambik dekat Fb. Tengok gambar ni je aku dah sedih :'( apatah lagi tengok video bawah ni :'( dua tiga kali tengok, empat lima kali nangis.  video daripada Youtube. Makin sedih bila ada mulut yang kaitkan benda ini dengan politiklah, dosa orang yang dalam MH370 lah dan yang sama waktu dengannya. Tolonglah, jangan rumitkan keadaan. Benda yang berlaku ni atas izin Tuhan. Kalau sehebat mana pun agenda politik dalam hal ni, tapi kalau tanpa izin Al...

Anak - Anak Saya.

Image
Assalammualaikum.. Akhirnya, muncul jugak entri di blog ni. Setelah sekian lama menyepikan diri. Muncul pulak dengan tajuk yang kemain panas lagikan? Tak kahwin tak apa tahu - tahu buat entri pasal anak. Kau mampu? *gittew~ Oh ye. Sebelum tu nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 pada semua. Hari ke - 18 baru nak wish. Nasib baik tak 18 hari lagi nak 2015 baru nak wish kan? Apa - apa pun semoga tahun ni lebih baik daripada tahun lepas. Aminnnnn~  Hari ni nak share pasal anak - anak aku, ataupun lebih jelasnya, anak - anak kucing aku ;D Penghujung tahun 2013, 25 September yang lepas, Encik Tunang (ehem!) tanya dekat aku nak bela kucing tak. Aku ni kalau bela sorang - sorang memang aku tak naklah. Tapi dia cakap kita bela sama - sama. Cuma buat permulaan, dia hantar dulu kucing tu ke rumah aku. Kucing biasa je. Kucing terbiar. Tapi tetap comel :)  Inilah dia anak pertama aku, DIAN nama dia. Nama ni Encik Tunang yang pilih. Masa ni Dian dah siap bawak perg...

Donate with you Nuffnang earnings

Image
Assalammualaikum. Baru - baru ni kita tahu Taufan Haiyan telah meragut lebih 10,000 nyawa, di bandar-bandar wilayah Tacloban, ibu negara Pulau Leyte, di tengah Filipina dan Pulau Samar. Taufan ini juga dikatakan taufan paling kuat di dunia pada tahun ini. (Sumber daripada SINI ) Aku ~ kalau berkaitan dengan bencana alam macam ni, memang aku takut sangat. Bila tengok mangsa - mangsa, aku kesian. Tak kisahlah negara mana sekalipun yang kena, rasa tu tetap ada. Selalunya donation akan dibuat. Tapi aku ni kalau tengok nombor akaun untuk mangsa - mangsa bencana atau apa aje, yang boleh kita salurkan bantuan, serius aku tak pernah lagi buat. *mengaku, okay!* Tapi kali ini hati aku tergerak nak buat donation *hoii! baru derma soploh hengget kau dah kecoh! puiii~* tak kisah nak cakap apa. Cuma aku nak kongsi aje pun. Mana tahu ada yang terlepas pandang ke. Tak tahu ke. Kan? Ingat. Ikhlas seseorang tu subjektif. Allah je boleh nilai. Aku rasa ramai yang perasan denga...

Menginap Di Venus Boutique Hotel, Melaka.

Image
Assalammualaikum.. psstt! entri ini banyak dengan gambar dan panjang berjela ;p Internet agak lembabbbbbb seminggu dua ni. Nak kata aku tak bayar bil, aku dah bayar. Mungkin dorang tengah upgrade sistem kut. Aku ulang. Kut~ *nak sedapkan hati* Berdasarkan tajuk entri, (kemain lagi, ayat~ berdasarkan tu. kehkekeh) pada 8/11/2013 bersamaan hari jumaat, aku telah ke Melaka. Kalau sebelum ni aku pernah pergi dengan family, kawan aku yang lain dan seorang diri -.-' tapi kali ini aku pergi dengan sorang lagi kawan aku, Effa Arabi *pergilah follow dia, ok? promote kejap ;D Sampai Melaka tunggu Effa kejap dekat Melaka Central (MC) sebelum kami berdua walk - in cari hotel. Aku memang dah cakap awal dekat Effa yang aku nak hotel area Banda Hilir. Sebelum ni pernah Menginap di Dreamz Hotel, tapi kali ni menginap di hotel sebelah Dreamz Hotel tu je. Hotel apa? Hotel kat bawa nilah ;p  Oh ye. Aku gerak dari Ipoh dengan Encik Dia dan adik Encik Dia. Dia...