Pulanglah MH370

 Assalammualaikum..


Sebenarnya aku tahu berita ni dekat FB. Mula - mula aku ingat benda ni tak betul jadi aku ignore. Bukan apa, selama aku naik belon (kapal terbang) aku langsung tak pernah terfikir yang belon yang aku naik itu akan hilang. Yang aku fikir belon akan terhempas je. 


Tahu ~ Hal seperti ini pernah terjadi. Tetapi mungkin disebabkan ia berlaku di luar negara jadi aku anggap benda tu tak akan jadi kat Malaysia. Rupa - rupanya tak ada yang mustahil.


Kun faya kun.







Gambar atas ni aku ambik dekat Fb. Tengok gambar ni je aku dah sedih :'( apatah lagi tengok video bawah ni :'( dua tiga kali tengok, empat lima kali nangis.




 video daripada Youtube.


Makin sedih bila ada mulut yang kaitkan benda ini dengan politiklah, dosa orang yang dalam MH370 lah dan yang sama waktu dengannya. Tolonglah, jangan rumitkan keadaan. Benda yang berlaku ni atas izin Tuhan. Kalau sehebat mana pun agenda politik dalam hal ni, tapi kalau tanpa izin Allah, benda tak akan jadi.


Lagipun ini soal nyawa. Bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Dan hormat perasaan mereka yang terlibat.






Kalau kita tidak mampu membantu daripada segi tenaga, kita bantulah dari segi doa. Daripada pung - pang - pung - pang tak tentu hala kat Fb tu. Kadang - kadang kesian dengan sesetengah orang kita ni kan? Hurm~




 Gambar daripada FB.


Apa - apa pun, pulanglah MH370. Pulanglah dengan apa cara sekalipun.


p/s - mati itu pasti. hidup, insyaAllah..




Comments

Nieda ramly said…
cepatlah ia berakhir supaya kita tidak ternanti2 dalam gusar dan harapan.
Nieda ramly said…
cepatlah ia berakhir supaya kita tidak ternanti2 dalam gusar dan harapan.
Muhammad Taufiq said…
Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.