Resepi Kueh Teow Sup Mudah

Assalammualaikum..


Resepi ni mudah dan ringkas. Dan boleh dikatakan sedap jugak ;p Tak nak taip panjang, kita terus tengok resepinya. 


Bahan - bahan untuk sup.

Daging / ayam yang dipotong kecik.
Bawang putih, bawang merah dan halia dihiris2.
Rempah ratus 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga) 
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa.
 Air.
 
Cara membuatnya.

Masukkan semua bahan kecuali garam dan serbuk rasa ke dalam periuk. Rebus sehingga daging/ayam empuk. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.


Bahan2 Sampingan.

Kueh Teow dicelur sekejap je.
Sawi dan tauge juga dicelur kejap.
Telur separuh masak
Sambal kicap (tumbuk cili padi dan bawang putih - gaul dengan kicap, gula dan perah sedikit limau kasturi)









Dah settle semua kat atas tu, boleh dihidangkan. Ambik kueh teow, letak sup, campak sawi dan taugeh dan pecahkan telur separuh masak. Letak pulak sambal kicap. SIAP! Mudah dan ringkas bukan? :)






p/s : selamat mencuba ^^

Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.