Resepi Cotton Soft Japanese Cheesecake

Assalammualaikum..

Balik kampung tanpa aktiviti baking - membaking memang tak sah.
Jadi kek pilihan kali ini adalah Cotton Soft Japanese Cheesecake! # nama dia aje dah menunjukkan betapa sedapnya kek ni. Eceh~

Resepi kek ni aku dapat dari SINI.
Tapi aku lampirkan sekali lagi sebab aku nyatakan sekali brand bahan - bahan yang aku guna.



Bahan-bahan ( 8-inci )
 Bahan A:
  • 250g cream cheese (aku guna brand Philadelphia)
  • 50g butter (aku guna brand buttercup)
  • 100 ml susu segar (fresh milk) ~ (aku guna dutch lady)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine (aku guna Self - Raising Flour – brand Blue Key)
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  
           Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara
  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

  1. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).


  1. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek. (aku cuma gris bawah dan tepi dengan butter tapi tak salut dengan kertas baking)

  1. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

  
Hasilnya??
Dah tentu tidak mengecewakan.
First time buat terus menjadi.
Syukur alhamdulillah :')





Yang atas ni fresh lagi sebab baru keluar daripada oven.
Nampak tak kek tu renggang daripada loyang/acuan?
Senang giler okey nak keluarkan kek ni asalkan korang gris bawah dan tepi loyang tu sebelum humban adunan ke dalamnya.





Aku masa panas - panas tu terus potong Haha. # jangan ikut perangai gelojoh macam ni ye tuan - puan. ahaks!
Bila dah potong haruslah masuk ke dalam mulut teruskan?
Panas - panas lagi dah kusumbat ke dalam mulut Hewhewhew~
Rasanya?
Dahlah sedap, lembut pulak, dahlah lembut, gebu pulak.
Kalau ada rating maksimum bagi 5 bintang, aku bagi extra 1 lagi bintang dan total jadi enam bintang. # wah, gittew~





Bila makan kek ni, terus aku curang dengan cheese kek yang main masuk dalam peti ais tu.
Alah, macam yang aku buat kat SINI dulu. 
Bagi akulah kan, versi cotton soft ni lagi kena dengan tekak aku.
Lagipun aku memang penggemar kain jenis cotton. Eh ;p  # Motip? Hehe.


Kesimpulannya, kek ini amat sedap ya.
Pada penggemar cheese, kek ni amat sesuai untuk anda.
Jadi, silalah pergi beli bahan - bahan untuk buat pada hujung minggu ni ^^





Comments

cik nana said…
aduhai sis terliur nye. kite mmg suka cheese2 ni. suka kek ni n salu makan tapi beli kat kedai kek. pelik mase tu makan rase kek nye sgt soft mcm kek span pun iye tapi rase cheese. tul x rase kek ni cmni ? klu kite yg buat msti x jadi. haha
nur anis said…
cam best je...boleh try ni..:)
Qhaifa Nur said…
pernah makan...suka bau cheese
sedapnya.......
kathy said…
@cik nana - tepat sekali cik nana.. hihi.. mmg mcm kek span :)
Unknown said…
mintak skit leh x wakakaka
Unknown said…
ye...harus saya pegi beli bahan2 untuk buat hujung minggu ni :)

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???