Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Assalammualaikum..


Pagi tadi, sedang sibuk buat keje, ada SMS masuk. Bila cek, my sis yang anta SMS tu tapi bila baca taulah aku yang anak buah aku sebenarnya yang mesej. Tapi guna phone ibu dia. SMS tu berbunyi macam ni,


usu, ada pantun untuk kitak (awak) ~

SUDAH 5 HARI KITA BERPUASA,
BERMAIN MERCUN SANGAT BAHAYA,
MALAM RAYA MEMBUAT LAKSA,
TAMAT PUASA JANGAN LUPA DUIT RAYA :)



Walaupun pembayang pantun ni ada tiga (sepatutnya pantun 4 kerat, pembayangnya hanya 2) tapi kira okeylah kan sebab maksud dia jelas iaitu 'jangan lupa bagi duit raya'..  Jadi, anak buah aku ni konon - konon berkias nak duit rayalah tu ;p 



Tapi aku reply jugak SMS dia. Kalau dia yang baru darjah 4 tu boleh berpantun, takkan seorang novelist (novelist lah sangat..kehkehkeh) seperti aku ni tak boleh nak berpantun kan? Maka beginilah balasan pantun aku, 



MAIN MERCUN MEMANG BERBAHAYA,
TAPI MAIN BUNGA API TAK APA,
KALAU ABANG NAK DUIT RAYA,
TAMATKAN DULU PUASA YANG ADA..



Jadi kenelah prepare duit raya awal - awal nampaknya :)



inilah budak yang SMS pantun tadi ;D



p/s - tak sabarnya nak balik kampung!





Comments

emarieys said…
pandainya berpantun
~Cik Sweety~ said…
HEHE..pnde ank buah ya polah pntun..(^_^)
cik nana said…
hihi comel awal2 da sms pantun2 nak duit raye ;)
pantun ada makna tuh.
YattAkasah said…
amboi siap pntun..hihi
Zurina said…
hehehe...cerdik2...;)
labulabi said…
ari tok 6 ari kita berposa,
menahan lapar serta dahaga,
blom raya dah dapat msg duit raya,
tapi sik pa usunya dah sedia duit raya 2 kontena.

hehehehe.
Unknown said…
bagusnya..pandei anak buah ktk berpantun..pantun balas balit ya cun gilak..hehe..posa penoh lok bruk dpt duit ry hooo
Namee Roslan said…
kalau lawan pantun dengan saya...confirm saya kalahhh..hahah.lambat fikir :/

Popular posts from this blog

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???