Kompleks Bebas Cukai, Pengkalan Hulu, Perak.

Assalammualaikum..


Lepas terpengaruh dengan rancangan Jom Terokai Perak setiap hari Khamis tu, aku pun terus eksited kemain lagi nak berjalan ke area Pengkalan Hulu. Sebenarnya aku nak pegi dekat Kompleks Bebas Cukai yang ada kat situ je. Tapi alang - alang dah berjalan kan, haruslah ke tempat lain jugak :D



Gerak dari Ipoh dalam pukul 10 pagi macam tu. Sampai kat Pengkalan Hulu dalam kul 12 lebih. Aku ikut highway Jelapang dan keluar kat Kuala Kangsar. Lepas tu terus ke Pengkalan Hulu. Sampai ke pekan Pengkalan Hulu singgah makan dulu.



 



Tengah hari makan tomyam kau! Haha. Tapi memang gila sedap tomyam kat sini. Mungkin dah dekat - dekat dengan Thailand kan? Jadi rasa dia tu..huh! sedap kemain! Rasa sayang pulak nak makan sebab sedap sangat. Over sungguh. Kehkehkeh~


Aku rasa  seluruh pelosok kedai tomyam kat Ipoh ni tak dapat nak lawan (sebab aku tak penah lagi jumpa tomyam sedap kat Ipoh ni..ke korang tau mana - mana kedai tomyam yang sedap kat sini? cer kongsi..)





Nasi Goreng Ikan Masin dia pun sedap. 



  

Ni pulak Nasi Goreng Daging Merah. Pun sedap jugak! Kiranya apa yang diorder sumenya menepati citarasa. Oh ye. Lupa nak cakap nama kedai ni Restoran Kak Na (kalau tak silap). Dekat dengan Petronas. Area pekan Pengkalan Hulu. Kalau korang jejalan ke sini, bolehlah try.




Lepas makan terus ke Betong (kat sempadan je ye). Dan sampailah ke Kompleks Bebas Cukai. Dia punya kompleks ni takdelah besar sangat. Yang dekat Padang Besar, Perlis tu besar sikit dari yang ni. Tapi still boleh dijadikan tempat untuk kita pegi kalau ada masa free dan ada duit ;p







Kalau sebut pasal bebas cukai ni mesti tak dapat dipisahkan dengan coklat. Jadi aku pun ada beli coklat Daim, Kisses, Beryls untuk bawak balik kampung nanti. Sekurang - kurangnya dah ada buah tangan untuk anak buah :)







Keluar daripada Kompleks tu, sempat jugaklah singgah kat gerai yang ada depan sikit daripada kawasan kompleks tu. Ada jual buah - buah macam kat atas tu. Ada jual kacang - kacang tapi mahal sikit! Kalau dekat Padang Besar kacang - kacang dia murah - murah. 








Ada jugak jual baju - baju. Yang pintu gerbang tu dah nak masuk Thailand. Tapikan masa tu majority pelanggan yang singgah kat situ adalah lelaki dan sempat jugak aku dengar yang dorang cakap nak masuk Thailand sebab nak melawat isteri kedua dorang (-.-')


Wallahualam..






Bila dah nak balik tu sempat pulak pegi tengok Tasik Banding. Tapi setakat tengok jelah. Memang besarlah tasik ni. Kalau ada rezeki nanti nak jugak beraktiviti kat tasik ni. Sambil meneroka Royal Belum. Bukan apa kadang - kadang aktiviti yang dekat dengan alam semula jadi macam ni memang best sebab secara tak langsung kita dekat dengan Maha Pencipta :')



Tapi tu lah, tak tau bilalah dapat terokai Royal Belum ni? Hurm. 



p/s - teringin nak pegi Langkawi (^^,)





Comments

ezy.fia said…
pehhh terliur tgok tomyam..

eh kat tasik banding ni ade ikan toman besar kn?
kwn saye yg ckp..
huhu
cik nana said…
tgk tomyam dy mmg nampak menyelerakan. kuah cam pekat je..sedap nyee.
asyifamustaffa said…
pernah lalu kat tasik banding nie...lalu je la...x plak nak benti tgk pmndangan tu...tp x tau pulak kat pengkalan hulu tu ada mcm2....huhuhu...

kg halaman sendiri pun x tau nih...camne nie.......hehe...
Nieda said…
aiks ...bini ke 2..? ini sudah lebih.
Suhana Shuib said…
Kathy!!! bila pegi Pengkalan Hulu ni?? nape x bgtau kak su.. klu x blehla kit apegi sama2..
ejulz said…
best eh.. hehe.. xmok mbak kmk.. hehe
syafiqa said…
mana ole ole haaa
Ann Ishak said…
tak pernah sampai sini lagi ni, harus singgah kalau ada peluang...thanks kathy for the info
Namee Roslan said…
seronoknya kathy jalan2....namee dah lama tak jalan2.. :(
D Aalia Sham said…
nak gi jugak lah nanti..

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???