Filem 8 JAM.
Assalammualaikum..
..yang paling jauh dengan kita adalah MASA LALU dan yang paling dekat dengan kita adalah MATI.. (Imam Ghazali)
Seperti yang terpampang, aku telah pun sempat tengok citer 8 JAM ni semalam. Terus - terang, aku lebih suka citer ni berbanding Adnan Sempit, Bini - Biniku Gangster atau 3 Temu Janji. Citer ni bukan cinta semata - mata tapi lebih kepada apa yang berlaku di sekeliling kita cuma kita perasan atau tidak.
Aku bukan nak review sangat filem ni ye. Tapi aku nak share apa yang aku dapat dalam filem ni. Dari mula sampai akhir citer ni aku rasa tersentuh sangat. Macam yang aku taip kat atas sekali tu, MASA LALU amat jauh dari kita tapi dalam masa yang sama MATI adalah paling hampir dengan kita.
Okey, watak utama dia adalah Shaheizy Sam sebagai Alang. Dia membesar di lorong. Mak dia jual buah (kalau tak silap). Kalau lapar dia mencuri. Dan paling dia suka ayam goreng. Dan ayam goreng dan bubur nasi merupakan menu terakhir yang dia makan :( kenapa menu terakhir? korang tengoklah sendiri.
Bila aku perhatikan citer ni, aku terus melafazkan kata - kata syukur dalam hati sebab aku dibesarkan di 'persekitaran yang sihat'. Tak macam kes Alang ni. Walaupun keluarga aku tak sekaya mana tapi alhamdulillah, makan~pakai~pelajaran, semua lengkap.
Mungkin ada segelintir akan cakap Alang sepatutnya mengubah nasib hidup dia berpandukan firman Allah macam kat bawah ni ;-
Bukan setakat Alang, kita ni pun sepatutnya ikut firman Allah tu. Tapi dalam masa kita yang serba - serbi cukup dalam semua perkara ni, adakah kita berusaha untuk mengubah nasib dalam diri kita pulak (contoh dari baik kepada yang lebih baik, dari suka mengumpat kepada tak mengumpat)? Memang ada tapi tak semua. Aku sendiri mengaku adakalanya aku slow nak ubah nasib sendiri. Jadi, begitulah dengan kes Alang. Dalam 10 orang senasib dengan Alang, tapi Alang seorang je terus jadi begitu.
Tapi dalam penjara dia dah mula dekat dengan Allah. Kiranya ada juga dia try ubah nasib dia kan?
Gandingan Sam pulak adalah Yana Samsudin. Yana pegang watak Julia. Kawan baik Alang dari rumah anak yatim. Bila nak SPM Julia diambik oleh mak cik dia maka terpisahlah Alang dengan Julia sehinggalah mereka berjumpa ketika Alang berjaya menyelamatkan dompet seorang perempuan daripada dicuri.
Masa tu rupa - rupanya Julia lari dari rumah. Kenapa Julia lari dari rumah? Macam biasa kene pegi tengok ye ~ ada sebab Julia tu lari :) Jadi, duduklah Julia dekat rumah Alang. Alang yang dah keluar dari rumah anak yatim stay balik dekat rumah di 'lorong'. Macam dia kecik - kecik dulu.
Dan di sinilah apa yang berlaku masa kecik dulu seakan - akan berulang balik. Kalau masa kecik mak dia mati depan mata dia sendiri. Tapi bila dia besar adakah Julia akan mati di depan mata dia jugak? Sebab dalam hidup Alang hanya 2 orang insan yang paling dia sayang iaitu Mak dia & Julia.
Jadi untuk merungkai kisah hidup Alang yang bersisa 8 JAM itu, aku cadangkan korang pegi tengok sendiri. InsyaAllah tidak mengecewakan. Ini bukan kisah cinta semata - mata tapi lebih kepada kisah kehidupan manusia yang kita sendiri tidak pernah mengalaminya.
PESANAN - KETIKA MENONTON CITER NI SILA LIHAT DENGAN MATA HATI :')
p/s - aku jarang tengok wayang tapi kalau aku dah tengok tu kiranya citer tu memang kene dengan citarasa aku..
~sumber gambar dari Google~
Comments
* xpat tgk bedio? hehe xpa.. gamba jak ada entri baru tek hehe..
akk x tgk wayang lah
dvd lah tunggu huhuh