Cahaya Qaseh Di Pesta Buku.

Assalammualaikum... 


Jumaat ni bermula Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Pesta ni berlangsung selama seminggu. Jadi, pada sape - sape yang suka dengan buku tu, silalah ambik peluang yang ada ni. 


Dan, bagi peminat novel pulak, apa kata korang ke booth Karyaseni (KS). Dan yang paling penting dapatkan sekali novel pertama aku yang berjudul Cahaya Qaseh. Hehe. Pada yang tak minat novel tu, takpe, korang boleh war-warkan berita ini kepada kawan - kawan korang. Aku percaya, mesti ada sorang dua kawan korang suka baca novel kan? So, selitkan sekalilah novel aku kat situ, okay? (sambil buat muka tak malu)






Meh, aku bagi sinopsis novel ni ; 

“Aku tengok kau bukan main lagi nak raih balik cinta Qaseh tu.”Tiba-tiba Amri bersuara. Pandangannya dihalakan kepada Tengku Aiman.

“Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?” tanya Tengku Aiman pula. Iman Hafifi hanya menjadi pendengar. Tidak mahu masuk campur.

“Tapi aku tengok Qaseh tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah-sudahlah tu, Aiman. Baik kau cari perempuan lain. Tak pun kau ambik je Damia yang sampai sekarang masih terhegeh- hegeh kat kau tu. Buang masa je kau tunggu Qaseh.” Sinis sahaja Amri berkata-kata. Tengku Aiman tergelak kecil.

“Aku rasa kalau aku buang masa sampai mati sekali pun aku tak kisah. Lagipun aku tak sakitkan hati orang lain. Tak macam kau, dah ada anak bini pun masih ada hati lagi kat Cahaya. Kau ingat aku tak tahu ke? Jadi, aku rasa kau yang patut sedar diri sikit. Jaga je anak bini kat rumah tu, daripada kau jaga Cahaya kat sini.” Sela Tengku Aiman bersama hujah yang cukup panjang. Air muka Amri terus berubah.

Tengku Aiman, Amri dan Iman Hafifi. Tiga lelaki berbeza tapi mempunyai rasa yang sama iaitu rasa ingin memiliki hati Cahaya Qaseh. Namun tanpa mereka sedar, keinginan mereka itu membuatkan Cahaya Qaseh sering diherdik dan dihina oleh kekasih hati masing-masing.

 
Akhirnya, setelah puas berfikir, Cahaya Qaseh mengambil keputusan untuk menerima lamaran Tengku Aiman yang juga merupakan kekasih pertamanya. Tapi sayang, pilihan yang dibuat itu menyebabkan dia terpaksa berdepan pula dengan Syuhada dan Auntie Norly. Kedua-dua anak beranak ini punya agenda tersendiri. Selagi Cahaya Qaseh tidak tersungkur, selagi itulah mereka mengatur strategi.

Tapi adakah Cahaya Qaseh hanya mendiamkan diri bila dirinya dipijak lumat oleh orang lain? Jadi, ikutilah perjalanan hidup gadis bernama Cahaya Qaseh yang penuh dengan suka, duka, romantis dan bahagia…


Judul : Cahaya Qaseh
Penulis : Kathy Tuah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22.00
Sabah/Sarawak : RM25.00


Aku jugak akan berada di booth KS pada 1/5 dan 5/5. Sebenarnya aku ambik date 28/4 dan 5/5 tapi ada perhimpunan Bersih pulak. Memandangkan kita tak tahu apa yang akan berlaku pada 28/4 tu, maka aku pun mintak dengan dorang KS tukar dari 28/4 tu ke 1/5. Tapi, bila tengok jadual keluar, aku sorang je penulis yang ada pada 1/5 tu.. adeh! So, sape yang pegi 1/5 tu jenguk - jenguklah aku kat sana ye. Bukan jenguk sebagai penulis, tapi jenguk sebagai rakan blogger :')






Tapi, ada ke orang nak jumpa aku nanti? Adoi..Cuak pulak! Dahlah tak familiar dengan pwtc tu. Ya Allah, Kau permudahkan urusanku...amin.. 


p/s - dulu masa study aku ambik course Marketing, jadi bila melibatkan hal promote mem'promote, ni aku over sikit. Hehe. Sori ye ^^





Comments

insyallah.semuanya akan dipermudahkan.kalau tak pg kat pwtc kat kedai buku biasa ada jual kan?
Fazlinil Irma said…
oohhh.. penulis novel rupanya awk ye..!! :)

tahniah.. nanti nak kena jual pavlova sampai dpt 22 hengget. nak beli novel awak. hehe.
kinchnaf said…
Wow !! Tahniah sis..

Btw, insyaAllah klo ada rezeki kinch akan ke sane.. Hope dapat la meet u.. ;)
nazayiena said…
Insya Allah mun ada masa Kak Nurul cari novel Khaty tuk,nak juak bacanya...
Unknown said…
boleh beli on9 sik?? Berapa ktk jual cmpur postage?? hihik. teringin mok ada karya ktk...
Nieda said…
Tahniah buku dah keluar . Blogger dan novelis lah sekarang. 2in 1 .
ejulz said…
esok gaji.. hehe.. insyaallah carik buku tok.. hehe
kathy said…
@echa takashimaya

amin.. ada kat kedai buku biasa, tapi lepas pesta buku kut baru ada ^^
kathy said…
@Eza Boom Boom

kmk cadangkan ktk beli terus melalui KS, ada discount ^^
kathy said…
@ejulz

eh, lupak nak madah yg buku tok lum kuar di pasaran..lepas pesta buku bok ada ^^
kathy said…
tq pada yg ucapkan tahniah.. tq jugak pada yg berniat nak beli novel yg x seberapa ni..semoga Allah mempermudahkan segala urusan korang..amin :')
Zyla said…
akak!!! congrates.. ahaks! kmk pun ada juak mlh mini novel. tp ylh, disebbkn sibuk.. lamak dah sik edit.. Insya Allah mk jd mcm ktk juak.. at least akan hasilkan satu novel.. kmk x sure dpt ka x g pwtc.. mun x, kmk carik nv ktk kat kedai buku jak..
QasehSuci said…
insyallah akak...nanti Qaseh ada masa Qaseh kesana ok...
kurus said…
hurmmm agak2 lah kan
kalau akk minat novel , sure akk pun selalu buat entry novel kannn ;)
Adlina said…
suka2..bca novel...
dulu msa dk um...msti g pesta buku...
skrg ssh r...
Adlina said…
suka jgk bca novel...
dulu masa kt um slalu jgk g pesta buku...
tahniah
Yumida said…
gdluck ktk sis....x sangka hoo...kmk blh berkenalan ngn salah seorg penulis novel...teringin juak mok beli
wahhhhh yunk ..lak kmk mau cari novel kitak dikedai buku lak ..chaay kaseh owhhh ..mun dapat sain ktk tok ..mesti kmk teruja hihi ..c sangka dapat geng gan novalis ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! suka kmk ..muahhh
[sutera kasih] said…
tahniah sis buku ktk ada dlm pesta buku..kelak ada masa, kmk mok carik buku ktk ya :)
Kancil 8349 said…
tahniah semoga jualan buku kamu berjaya...rindu pada pesta buku antarabangsa...hampir 7 tahun ndak ke sana
wahida said…
wow!! teringin nak baca...
setakat ni saya kenal blogger yg dah jadi penulis adalah kak Hanis Azla..novel dia pun best!! harap dpt baca KT punya karya...
emarieys said…
Tahniah...INSYAALLAH...
ejulz said…
patut la crik tdik x temu.. hehe
Unknown said…
dah miliki novel ni,,
best!!

dpt jumpe n signature k.kathy juga mse pesta buku ari tu,,,

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.