Cerita Raya Lagi.
Assalammualaikum.. Syawal dah nak sampai ke penghujung. Tapi cerita pasal raya tak habis lagi. Aku rasa cerita raya akan terus ada pada bulan Zulkaedah nanti. Takpelah kan? Lagipun, ini blog aku sukahati aku lah! Wah, gittew ;D Kalau bolehkan, semua benda aku nak share kat sini kecuali yang terlalu peribadilah. Bukan apa, mana tau satu hari nanti aku takde (sobs), bolehlah blog ini jadi kenangan buat yang mengenali diri ini. Tak pun buat tatapan anak cucu nanti ke, kan? :') Baiklah. Ini adalah entry bergambar. Entry ni dibuat sempena kami adik - beradik beraya rumah Abang Dilah. Tahun ni Abang Dilah beraya di rumah di sendiri dan rumah dia dalam kampung aku tu jugak. Jadi senanglah kita orang datang ramai - ramai serang rumah dia. Hehe~ Atas ni adalah Laksa Sarawak air tangan abang aku dan wife dia. Rupa saja dah mengancam apatah lagi rasanya. Mahu nangis kau akibat sayang nak habiskan laksa yang maha sedap ini. (Moga abang aku baca entr...