Posts

Demam & Hari Jadi

Image
Assalammualaikum.. Belum masuk bulan 2, aku dah ada lagi entri pasal demam ni.  Kiranya bulan 1 ni aku dah demam dua kali. #masa menaip ni pun kepala masih toink-toink (~_~) pagi sabtu lepas aku dah tak sedap badan. tak sampai tengah hari, badan dah panas. malam tu pulak terus sapu air asam jawa dekat kepala, dekat badan sikit. Alhamdulillah, pagi ahad tu ~ dah rasa ok. cuma kepala masih pening dan tekak ni berkahak..  itu tentang demam ye.  sekarang ni kita bukak citer pasal hari jadi pulak. ehem (^_~)V tanggal 22/1 hari tu ~ genablah 27 tahun umur aku. ya, 27 tahun #muda lagikan? (kalau kahwin, dah ada anak tiga - bisik hati kecilku..eceh!) hari jadi macam tahun - tahun sudah jugak. dapat ucapan daripada kekawan, keluarga & kesayangan. cuma yang bezanya 1 je. inilah hari jadi pertama aku sebagai penulis novel ^^ ada jugak pembaca yang wish. macam tu jugak dengan penulis novel yang lain (walaupun hanya beberapa orang je) ~ TER...

Pais Ikan Tempoyak

Image
Assalammualaikum.. Aku suka makan tempoyak. Durian pun aku suka #ada orang makan durian tapi tak makan tempoyak.. macam tu gak sebaliknya.. hurm~ Jadi bila ada ikan yang sesuai untuk buat pais tempoyak ni haruslah dibeli.. Tapi aku lupa pulak nama ikan ni *sigh* Rasa dia?? nak cakap satu je.. SEDAP!

Gegata/Kelopak Garam?GERATAK!

Assalammualaikum.. Aku masih dalam mood tak berapa nak sihat.  Bila demam, batuk dan selsema dah mula ok, aku diserang pulak Getata/Kelopak Garam atau disebut GERATAK oleh orang Sarawak.  Aku kena pukul 4 pagi hari Ahad.  Masa tersedar tu aku tak terfikir pulak terkena gegata tapi bila aku rasa bintat yang ada macam lain semacam terus aku bangkit dan pi check. Dan sah, itulah gegata!  Teruslah aku potong bawang merah, ambik minyak masak dan garam. Sapu pada benda tu sebab aku tak tahan gatal yang menyerang. Nak garu takut merebak pulak -.-' Lepas subuh baru aku pun plan nak sambung tidur, yelah hujung minggu kan? Konon - konon nak bangkit lambat sikit. TAPI, tak sampai setengah jam gegata tu dah mula serang leher aku :'( Mula - mula kena tu dekat paha dengan tangan je.  Aku terus tonyoh bawang yang ditonyoh dengan minyak dan garam dekat leher.  Bila tengok kat muka, dia dah mula serang pipi sebelah kiri pulak..  Dah...

Review Pure Marine Collagen # taklah review sangat

Image
Assalammualaikum... Aku ni bukanlah manusia yang mudah terpengaruh dengan sebarang produk yang diwarwarkan.  Tak kira samada di tv, radio atau di fb. Oh, di blog juga. Mungkin hasil daripada 3 tahun aku study bab marketing kat u jadi aku tahulah sikit sebanyak taktik orang nak melariskan barang. Sebab itu aku tidak mudah terpedaya Hahaha (gelak bangga) Tapi kan ~ sejak umur dah nak mencecah ke angka 27 tahun ni, aku baru nak sibuk cari makanan tambahan macam supplement maybe?  Dan yang paling femes sekarang adalah kolagen. Cuma itulah kan, yang ada bukan main mahal lagi. Aku ni bukan apa, kalau setakat beli sekotak dua tu mampulah.  Tapi kalau nak consume berterusan tu memang tak dapatlah kan. Hurm. Jadi, haruslah mencari kolagen yang murah dan diyakini keberkesanannya # kalau tak berkesan sangat pun takdelah ralat sangat sebab murahkan? Hewhew~ Dan akhirnya pencarian aku terhenti bila berkenalan dengan Pure Marine Collagen (PMC) Aku rasa sea...

Demam ~ Pembuka Tahun 2013

Image
Assalammualaikum.. Baru je entri terakhir tahun 2012 hari tu aku ada bagitau yang aku sihat sepanjang tahun 2012. Demam pun takde.  TAPI.. Alih - alih malam tadi dah tak sedap badan ~tekak sakit + selsema~ Bangun je pagi sentuh dahi, sentuh leher. PANAS! Tapi takdelah panas sangat. Suam - suam gitu ;p Jadi, hari ni diisytiharkan cuti. Sobs.  kueh tiaw sup tulang - menu orang kurang sihat #tapi tawarlah rasa dia -.-'

Entri Penutup Tahun 2012.

Image
Assalammualaikum.. Hari ni last day untuk tahun 2012. Esok dah 2013 # 2013, please be nice!  Azam 2013? Hurm, azam 2013 telah diputuskan untuk tidak dikhabarkan kepada sesiapa. Muktamad! # macamlah ada orang nak tahu azam dia Huhu~ Setelah melalui tahun 2012 ~ aku bersyukur sangat sebab aku takde ditimpa sebarang kesakitan yang serius. Demam pun takde # alhamdulillah :')  Family pun semua dalam keadaan baik walaupun di penghujung tahun ni macam - macam perkara terjadi, tapi syukur sangat sebab family masih lagi macam dulu. Dalam pekerjaan pula masih macam biasa. Tiada beza. Cuma boss jarang dah ajak pegi testing.  Tak dapat nak jalan - jalan -.-' Bidang penulisan pulak walaupun baru setahun bertapak dalam bidang ni, tapi dah rasa pahit - manisnya.  Kenangan manis bila dapat pegang novel sendiri dan ia berlaku masa di PBAKL 2012.  Thank you Karyaseni atas peluang yang diberi :') Penghujung tahun 2012 ni dah serahkan manuskrip un...

Janggut Duyung

Image
Assalammualaikum.. Aku ni suka try makanan yang pelik - pelik. Tapi kalau janggut duyung ni takdelah pelik sangat kut sebab masa kecik lagi aku dah reti makan benda ni :') Sebenarnya istilah janggut duyung ni istilah orang Sarawak # err.. aku tak sure sama ada tempat - tempat lain di Sarawak panggil janggut duyung jugak ke apa. Tapi kalau nak bagi korang senang faham dan tahu, janggut duyung ni adalah rumpai laut. Cer tengok gambar kat bawah ni.. "sayalah janggut duyung =D" Nilah janggut duyung a.k.a rumpai laut tu. Masa balik kampung hari tu abang ipar aku ada bawak balik sebab dekat sangkar ikan family dia ada tumbuh janggut duyung ni # tumbuh? hurm.. Kalau nak makan dia kena celur dulu kejap ~ toskan. Pastu buat sambal belacan ~ perah limau ~ letak garam & gula sikit ~ pastu baru gaul dalam janggut duyung yang dah di celur tadi. SIAP!    Janggut duyung yang dah digaul dengan sambal belacan :p~ Sedap makan dengan nasi panas - panas! ...