klik sekali~

Wednesday, January 9, 2013

Gegata/Kelopak Garam?GERATAK!

Assalammualaikum..


Aku masih dalam mood tak berapa nak sihat. 
Bila demam, batuk dan selsema dah mula ok, aku diserang pulak Getata/Kelopak Garam atau disebut GERATAK oleh orang Sarawak. 
Aku kena pukul 4 pagi hari Ahad. 
Masa tersedar tu aku tak terfikir pulak terkena gegata tapi bila aku rasa bintat yang ada macam lain semacam terus aku bangkit dan pi check.
Dan sah, itulah gegata! 
Teruslah aku potong bawang merah, ambik minyak masak dan garam.
Sapu pada benda tu sebab aku tak tahan gatal yang menyerang.
Nak garu takut merebak pulak -.-'


Lepas subuh baru aku pun plan nak sambung tidur, yelah hujung minggu kan? Konon - konon nak bangkit lambat sikit.
TAPI, tak sampai setengah jam gegata tu dah mula serang leher aku :'(
Mula - mula kena tu dekat paha dengan tangan je. 
Aku terus tonyoh bawang yang ditonyoh dengan minyak dan garam dekat leher. 
Bila tengok kat muka, dia dah mula serang pipi sebelah kiri pulak.. 
Dah tak tahan sangat aku terus pi farmasi.
Beli ubat untuk sapu dan untuk makan.


Dah empat hari aku diserang gegata, alhamdulillah dah nampak kurang.
Walaupun masih tergaru - garu T_T


Kalau korang tak tahu apa tu Gegata/Kelopak Garam, korang pi lah gugel picture dia. 
Aku malas nak tengok sebab kat badan aku ni dah cukup buat aku seksa nak tengok. Sobs~



8 comments:

ejulz said...

x pernah dgr kmk.. hehe

Asyifa Mustaffa said...

Last year..,.dri jan smpi mei tu....sy mmg kene gegata tu.....bende tu plak tenggelam timbul je dia....setelah dekat belas thun gak dia x mnyerang....itu la thun lpas last....pas nie x tau plak kene tdk.....mmg sadis klau kenenya....huhuhu.....

Nazayiena said...

Baru kmk dgr gegata tuk,tp google mcm kena pontianak jak...

yong propaghandi said...

pernah dengar pasal pnyakit ni...tapi ape punca die?

eVa said...

Aie trok juak bunyi.. Kaktok mek google.. Xpenah dgr eyh.. Huhuu sian ktk.. Get well soon!

My Life's Journey said...

Kmk c pernah dengar juak penyakit tok dear ..kak tok kmk google ..hrp ktk cepat sembuh ..amin2

Namee Roslan said...

gegata ??? macam serious je ni. seram pulak nak google.. :B

Eza Boom Boom :) said...

tauk kmk benda ya.. yg merah2 ya nak? besar2 butir.. mmg seksa kenak benda ya.. nasib ktk cepat g klinik..