Resepi Telur Ikan (Pais Telur Ikan)

Assalammualaikum..


Aku sebenar banyak simpan entri resepi - resepi ni. Walaupun bukanlah resepi yang hebat tahap masuk majalah masakan segala, tapi cukuplah untuk rujukan sendiri atau yang masih baru belajar mahupun yang ingin mencuba cara masakan yang baru. Yelah, lain orang lain cara masakannya. Lagi - lagi setiap negeri kita ni punya cara masakan yang berbeza.


 Hari ni resepi simple je. Resepi Pais Telur Ikan.






Inilah telur ikan yang diguna. Kalau orang semenjung panggil telur ikan duri #kalau tak silaplah. Kalau kat Sarawak kita orang panggil telur ikan jan. Ikan duri dengan ikan jan sama je, kut? :) Cuma telur - telur ni aku tak sure sama ada semua telur ikan duri atau ada campur ikan lain. Memandangkan dekat Kuching susah dapat telur ikan ni, jadi aku bawak balik ke Kuching dalam setengah kilo. Sekilo telur ikan ni RM20.


Tips bawak telur ikan masuk flight. Bekukan telur ikan. Letak tempat yang paling sejuk tu. Aku beli ikan hari selasa, tapi flight aku hari khamis. Memang sejuk beku betul telur ikan tu Hehehe.

Sewaktu on the way ke airport, letak telur ikan di dalam bekas yang kaler putih tu. Alah, yang orang duk simpan ikan yang campur ais tu. Aku tak tahu nama benda tu. Tak kisahlah bekas apa. Janji telur ikan letak dalam ais. Aku beli ais dekat 7 Eleven. Sampai airport baru aku pack telur ikan tu. Macam aku, aku letak dalam kontena dulu telur ikan tu. Dah tu balut dengan tuala. Pastu masuk dalam luggage. Jangan bawak telur tu hand carried tau. Takut tak lepas pulak nanti.

Aku bawak telur ikan tu dari Ipoh ke Lcct. Aku keluarkan dari peti sejuk dalam pukul 12 tengah hari macam tu. Flight yang sepatutnya pukul 9, delayed sampai ke pukul 10 lebih. Dalam pukul 12 tengah malam jugak aku sampai rumah. Dan alhamdulillah, telur ikan masih sejuk :') Dan bila dimasak, masih sedap lagi.. 






Dapat dua kali makan. Sebab dekat rumah tu, rasanya aku dengan puan emak je yang melantak lebih telur ikan ni ;D Dan resepi ini pun dari puan mak. Yang masak Pais Ikan ini pun puan emak. Aku tukang makan dan ambik gambar je Hehehe~






Bahan - bahannya:

Telur ikan
Tepung kunyit
Cili kisar
Garam dan perasa secukup rasa.
Daun pisang & aluminium foil (untuk balut)
 



Cara membuatnya:

Cuci bersih telur. Perap dengan serbuk kunyit, cili kisar, garam dan serbuk perasa dalam setengah jam.
Bungkus telur ikan dengan daun pisang.
Kemudian balut lagi dengan aluminium foil.
Bakar sehingga masak.
Siap! 



Macam biasalah ye, bahan - bahannya tu ikut budi bicara masing - masing. Nak masin letak lebih garam. Tak guna cili kisar, tak yah letak. Kalau nak buat versi lain pun boleh. Janji ada telur ikan dan dibalut dengan daun pisang dan dibakar! Kalau tak ada ni, bukanlah pais telur ikan namanya ;p 


Selamat mencuba! 

 
p/s - kalau dekat rumah sewa ni, aku main campak je telur ikan ni dalam kari atau asam pedas. 



 

Comments

eVa said…
xpande mek makan hahaha
adda syuhada said…
nampak menarik jer...tp tak pernah lagi makan..
Mummy MM said…
First time kamek nangga
labulabi said…
masak kari nang nyaman telo ikan jan tok.tapi rasanya zaman kamek gik kecik jak makan telo tok.susah nak menu agik.
macam sedap la pais telur ikan tu..baru pernah tengok telur ikan macam tu.
macam sedap la pais telur ikan tu..baru pernah tengok telur ikan macam tu.
macam sedap la pais telur ikan tu..baru pernah tengok telur ikan macam tu.
Juls Julie80 said…
yooobihh!! lamak dah sik makan telur ikan tok ehsssss...

*telanaikliur*
Qhaifa Nur said…
sedapnya telur ikan...
biasa MIL masak gulai...
Nieda Ramly said…
masak lemak sedap tau!
ejulz said…
x penah kmk mkn ya.. hehe

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.