Entri Sepintas Lalu.


Assalammualaikum..


Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Malaysia.


Tak kisahlah kalau terlambat atau terawal wish. Asal masih dalam tempoh yang sama, kira oklah tu :D


            Memandangkan lama tak bersiaran langsung ni, aku harap korang sihat – sihat hendaknya. Yalah, lama dah tak BW. Tak tau perkembangan korang. Aku ni takde perkembangan sangat, cuma badan je makin mengembang. Uhuk~


            Okeylah. Entri kali ni aku buat sepintas lalu apa yang terjadi sejak aku takde ke udara. Ke udara? Bajet macam DJ radio aje. Kehkehkeh. 


1)    PUASA.
Alhamdulillah. Puasa aku FULL tahun ni. Aku ulang FULL okey! Kenapa tetiba je full? Sebab seminggu sebelum puasa aku dah period, lepas tu aku ni pulak memang jenis yang lambat period. Kiranya kali ini waktu period dan puasa berkerjasama dengan baik. Syukur Ya Allah :’) 


2)    RAYA.
Raya tahun ni tak berapa nak ohsem. Sorang abang aku beraya kat Miri sebab wife dia sarat mengandung. Sorang lagi abang aku raya kat kampung wife dia. Jadi dalam rumah hanya ada aku, mak dan bapak. Nasib baik rumah kakak dan dua orang abang aku lagi depan rumah je. Kalau tak…sobsob..



ada tiga buah keluarga lagi takde masa ni :(

3)    KEK DAN BISKUT.
Tahun ni, mak buat empat jenis kek. Ada kek lapis Sarawak dan ada kek kukus. Macam selalu, sebiji kek tu akan dibahagikan kepada dua. Sebab sebahagiannya lagi akan ditukar dengan kakak. Kiranya, kakak dengan mak bertukar kek. Biskut (atau orang semenanjung panggil kuih raya) pula mak jugak yang buat. Mak buat dengan geng dia. Aku? Aku buat tak tau je. Hehe. 



ni sebahagian kek lapis yang sempat diambik gambarnya. yang lain HABIS SUDAH :D 



4)    BAJU RAYA.
Dua hari sebelum raya aku dah gosok 10 helai baju raya. 10 helai okey! Tapi dalam 10 tu, dua pasang je baju baru. Haha. Saja nak kasi gempak. Bukan apa, memang setiap kali raya, aku akan gosok baju raya banyak – banyak sebab sepanjang seminggu raya tu, aku memang pakai baju raya je. Tak kira pagi, petang atau malam. Walaupun hanya duduk rumah tunggu orang datang beraya. Ohsem tak aku? Hehe. 


5)    ‘ORANG BARU’
Raya kali ni, family kita orang ada ‘orang baru’ lagi. Kan aku ada cakap kat atas tukan yang kakak ipar aku sarat mengandung? Jadi, pada 6 Syawal lepas, dia selamat melahirkan baby girl. So, dah ada 12 orang anak buah sekarang ni (^^,) Harap – harap ada lagi penambahan lepas ni. 


  
oh ye..nama baby dah bertukar dari Dania kepada Dhiya :')

6)    MELAKA.
Aku balik sini (semenanjung) pada 31 ogos lepas. Tapi terus ke Melaka sebab ada orang invite untuk jamuan raya dekat dewan..dah aku lupa nama tempat tu. Aku stay dekat Melaka sampai Ahad je. Bila berada kat Melaka terus ingat zaman study dulu. Hurm. 


Itu jelah nak kongsi.Okeylah, aku nak beraya kat blog korang ni. Lebihan kuih raya tu keluarkan lah ye..orang jauh nak datang beraya ni :D 


p/s : rindunya dengan dunia berBLOG ni..




Comments

nur anis said…
waaa...rajinnya akak berbaju raya sentiasa..:)
Nieda said…
Selamat hr raya . lamanya bercuti.
eVa said…
selamat hari raya!!! aieee ngga kek raya alu rindu nak beraya gik.. rasa skejap jak raya ow.. huhuhu.. kmk tok mun nak polah kek boh jak.. slalu berbeli jak hahaha..

cute da jak bby dhiya.. bibir nya merah.. mesti cantek nya lak.. hehe
Namee Roslan said…
tak terlambat lagi nak ucap selamat hari raya buat kathy !! :D gulp terliur juga saya tengok kek lapis tu. gulppp. heheh. kathy nape lama tak update ? sibuk tulis novel baruuu ehhhh :D
nazayiena said…
Tahniah Kathy dpt anak buah baru syawal tuk,wlpn dua org abg ktk sik balit tp nanga gambar raya family ktk tuk masih gik juak rami.Gik rajin juak mak ktk mbolah kuih esp.kek lapis ya.....
Slmt hari raya kathy.
Unknown said…
nyaman kek raya ya sis.. huhu..:)
ejulz said…
meriah. rami anak buah.. hehe.. kmk bok nemu novel ktk mlm tdik.. hhehe

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.