Entri Sepintas Lalu.
Assalammualaikum..
Selamat Hari Raya dan Selamat Hari
Malaysia.
Tak kisahlah kalau terlambat atau
terawal wish. Asal masih dalam tempoh yang sama, kira oklah tu :D
Memandangkan
lama tak bersiaran langsung ni, aku harap korang sihat – sihat hendaknya. Yalah,
lama dah tak BW. Tak tau perkembangan korang. Aku ni takde perkembangan sangat,
cuma badan je makin mengembang. Uhuk~
Okeylah.
Entri kali ni aku buat sepintas lalu apa yang terjadi sejak aku takde ke udara.
Ke udara? Bajet macam DJ radio aje. Kehkehkeh.
1)
PUASA.
Alhamdulillah.
Puasa aku FULL tahun ni. Aku ulang FULL okey! Kenapa tetiba je full? Sebab
seminggu sebelum puasa aku dah period, lepas tu aku ni pulak memang jenis yang lambat period. Kiranya kali ini waktu period dan puasa
berkerjasama dengan baik. Syukur Ya Allah :’)
2)
RAYA.
Raya
tahun ni tak berapa nak ohsem. Sorang abang aku beraya kat Miri sebab wife dia
sarat mengandung. Sorang lagi abang aku raya kat kampung wife dia. Jadi dalam
rumah hanya ada aku, mak dan bapak. Nasib baik rumah kakak dan dua orang abang
aku lagi depan rumah je. Kalau tak…sobsob..
ada tiga buah keluarga lagi takde masa ni :(
3)
KEK
DAN BISKUT.
Tahun ni, mak buat empat
jenis kek. Ada kek lapis Sarawak dan ada kek kukus. Macam selalu, sebiji kek tu
akan dibahagikan kepada dua. Sebab sebahagiannya lagi akan ditukar dengan
kakak. Kiranya, kakak dengan mak bertukar kek. Biskut (atau orang semenanjung
panggil kuih raya) pula mak jugak yang buat. Mak buat dengan geng dia. Aku? Aku
buat tak tau je. Hehe.
ni sebahagian kek lapis yang sempat diambik gambarnya. yang lain HABIS SUDAH :D
4)
BAJU
RAYA.
Dua
hari sebelum raya aku dah gosok 10 helai baju raya. 10 helai okey! Tapi dalam
10 tu, dua pasang je baju baru. Haha. Saja nak kasi gempak. Bukan apa, memang
setiap kali raya, aku akan gosok baju raya banyak – banyak sebab sepanjang
seminggu raya tu, aku memang pakai baju raya je. Tak kira pagi, petang atau
malam. Walaupun hanya duduk rumah tunggu orang datang beraya. Ohsem tak aku?
Hehe.
5)
‘ORANG
BARU’
Raya kali ni, family kita
orang ada ‘orang baru’ lagi. Kan aku ada cakap kat atas tukan yang kakak ipar
aku sarat mengandung? Jadi, pada 6 Syawal lepas, dia selamat melahirkan baby
girl. So, dah ada 12 orang anak buah sekarang ni (^^,) Harap – harap ada lagi
penambahan lepas ni.
oh ye..nama baby dah bertukar dari Dania kepada Dhiya :')
6)
MELAKA.
Aku
balik sini (semenanjung) pada 31 ogos lepas. Tapi terus ke Melaka sebab ada
orang invite untuk jamuan raya dekat dewan..dah aku lupa nama tempat tu. Aku
stay dekat Melaka sampai Ahad je. Bila berada kat Melaka terus ingat zaman
study dulu. Hurm.
Itu jelah nak kongsi.Okeylah, aku nak beraya kat blog korang ni. Lebihan kuih raya tu keluarkan lah ye..orang jauh nak datang beraya ni :D
p/s : rindunya dengan dunia berBLOG ni..
Comments
cute da jak bby dhiya.. bibir nya merah.. mesti cantek nya lak.. hehe
Slmt hari raya kathy.