Hantu Kopi.


Assalammualaikum..


Aku tak tahulah kenapa sejak akhir - akhir ni aku suka sangat minum kopi. Dah macam wajib pulak tau masa pagi dan malam minum kopi. Itu belum termasuk aku minum kat luar. Memang confirm aku order kopi ais kurang manis. Kadang - kadang je bila aku tersedar dah banyak sangat minum kopi baru aku order air buah :')






Gambar kat atas tu sebahagian kopi yang ada kat rumah aku. Aku suka try macam - macam kopi. Ada lagi brand lain tapi dah habis.Cuma aku jarang beli brand Nescafe. Bukan tak suka cuma ntahlah. Tapi siyesli, kalau tak minum kopi rasa macam tak best je. Memang boleh dicop hantu kopi aku nilah!



Ada orang cakap kalau minum kopi nanti tak leh tidur. Tapi kalau aku, tengok keadaan. Kalau aku dah penat sangat ke, minum bercawan - cawan air kopi pun tetap akan senang je tidur. Yelah. Lain orang lain effect dia kan?Tapi kopi segera macam ni tak elok minum selalukan? *tahu pulak tak elok -.-' tapi itulah, benda yang tak elok tu jugaklah yang paling suka dibuat. Hesy! Err..korang suka minum kopi tak?



p/s - nasib baik ada terselit teh hijau kat dalam tu. Sekurang - kurangnya ada juga minuman yang baik untuk kesihatan. Ehem ;p



Comments

cik nana said…
samelahhh. nana pun hantuuu gila kopi ke, nescafe kee. tiap hari kalau tak pekena kopi/nes rase resah gelisah je. dah tak efek dah minum lah kopi pekat ke ape, kalau nak tido, mmg tido je. haha

*try la kopi timbang yang klu kita nak beli baru dia blend tu. pehhhh memang "kaw" wa cakap lu* hahah
nur anis said…
wow..ni kompem hantu kopi..hehe
ejulz said…
mak ai.. mcm2 jenis kopi jak ada cya... hehe
Ezy Chiaki said…
thap bhye ni..
hehekk..
jgn mnom kopi byk2..
xbaek utk kshtan..
huhu
Nieda said…
Dulu suka minum kopi Indocafe(mcm dlm gambar)tu, tapi bila tau krimer tu penyebab badan naik akak dah tak beli. Padahal sedap tu.
kalu teringin buat kopi biasa tambah susu kat rumah sajalah.
Nazayiena said…
Kak NUrul boleh minum kopi tp suka gik minum teh.
Namee Roslan said…
namee kena minum kpi gak. kalau minum, hari2 mesti buang air besar. hehe. kurang sembelit minum kopi.

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.