Review Pure Marine Collagen # taklah review sangat

Assalammualaikum...

Aku ni bukanlah manusia yang mudah terpengaruh dengan sebarang produk yang diwarwarkan. 
Tak kira samada di tv, radio atau di fb. Oh, di blog juga.
Mungkin hasil daripada 3 tahun aku study bab marketing kat u jadi aku tahulah sikit sebanyak taktik orang nak melariskan barang. Sebab itu aku tidak mudah terpedaya Hahaha (gelak bangga)


Tapi kan ~ sejak umur dah nak mencecah ke angka 27 tahun ni, aku baru nak sibuk cari makanan tambahan macam supplement maybe?  Dan yang paling femes sekarang adalah kolagen.
Cuma itulah kan, yang ada bukan main mahal lagi.
Aku ni bukan apa, kalau setakat beli sekotak dua tu mampulah. 
Tapi kalau nak consume berterusan tu memang tak dapatlah kan. Hurm.
Jadi, haruslah mencari kolagen yang murah dan diyakini keberkesanannya # kalau tak berkesan sangat pun takdelah ralat sangat sebab murahkan? Hewhew~
Dan akhirnya pencarian aku terhenti bila berkenalan dengan Pure Marine Collagen (PMC)


Aku rasa seantero Malaysia duk cakap pasal PMC ni. 
Maka, aku tak perlulah nak list kan dia punya khasiat, okey?
Kau gugel je ~ berlambak orang dah citer pasal benda ni. 
Ni antara sebab aku tertarik nak try :


  • membantu meningkatkan metabolisme[sgt sesuai untuk orang yang nak kurangkan berat badan]
  • mengurangkan kedutan,tempat hitam,selulit dan jerawat[semua orang xnak masalah ni kan??]
  • melicin dan menegangkan kulit serta payudara[anti penuaan,AWET MUDA!!]
  • membuang toksin dalam badan[x perlu dah pakai foot patch segala..makan ni da cukup,dapat khasiat lain jugak.kan da jimat?]
  • menghilangkan sembelit[bila dah sng mmbuang mestilah makin slim]
 *sumber dari blog Fira ~ eh, aku order kat dia nilah tau ^^

Sebenarnya banyak lagi khasiat dia, jadi carilah info sendiri ye # pemalas pula peng'review -.-'


Aku try tak sampai seminggu pun Huhu tapi sibuk jugak nak review :')
Dari pengalaman yang aku alami, aku rasa aku akan repeat order PMC ni.
Sebabnya? 

Kulit muka soft je lepas tempek PMC jadi masker kat muka. # tapi jerawat still jugak muncul time ABC, alah biasalah tu kan? Lagipun aku makan ni untuk jangka masa yang panjang.
Dan anggota badan aku ni jugak bukanlah jenis yang cepat beri tindak - balas.
Jadi kenalah makan masa.

Lupa nak inform yang kulit muka kita akan tegang bila kita sapu masker tu. Kalau kau pernah buat masker guna putih telur, lebih kurang macam tulah rasa dia.

Rasa dia pulak tawar tapi aku campak beberapa sudu pati sunquick dan rasanya not bad sebab boleh diterima anak tekak.  # eh, kalau istilah orang lain dia minum kan? tapi aku makan sebab PMC yang aku masak tu aku makam macam makan jelly. Takde campur dengan air dah.

Aku makan b4 sarapan dan sebelum masuk tidur. 

 Yang paling ketara jugak adalah nafsu makan AGAK terkawal! # tahukah anda, saya sedang mengalami masalah berat badan yang tak berapa nak serius? b4 serius baik kita cegah, tak gitu? ;p
 Selalunya time nak ABC mesti nafsu makan agak melampaui batas # sebenarnya tak ABC pun makan tak hengat dunia T_T
TAPI sekarang, alhamdulillah ~ kurang sikit. Lagipun aku minum jugak Body Mate Juice Collagen dan jugak telan VCO ~ mungkin mereka bertiga ni berkerjasama dengan baik kut? KUT~!
#nanti aku review tak berapa nak review Body Mate Juice Collagen dengan VCO ye ^^


Inilah rupa PMC. PMC ada beberapa jenis kalau tak silap. Yang paling okey kaler purple. Kalau tak silaplah.




Yang atas ni hampas PMC yang sudah dimasak. Hampas nilah aku guna untuk buat masker. Macam telur sotong je rupa dia.



 Yang ni pulak hasil tapisan selepas dimasak. Selepas je masak dan tapis tu aku terus masukkan beberapa sudu pati sunquick. Dah tu simpan dalam peti sejuk. Sedap :p~




Aku masak setengah peket je tapi hasilnya banyak ni. Haaa~ boleh tahan sebulan ni tau!
Jimat - jimat (senyum lebar)





Inilah perbezaan hampas dengan isi dia. Eh, isi ke? Lebih kuranglah kan? Hukhuk~
Tengok ~ tak jauh bezakan? Sebab tu aku cakap tadi aku main makan je yang kaler kuning tu sebab dia memang macam jelly.

Kalau kau tak letakkan sunquick dalam tu, kau boleh jadikan dia masker jugak. Tapi bagi aku, hampas daripada PMC tu dah cukup tuk jadikan masker.

Oh ya, selain leh tempek kat muka, hampas ni jugak leh sapu kat breast dengan punggung. Cuma aku tak pernah try lagi sebab asal dah masuk dalam bilik air baru teringat pasal ni.
Lepas tu malas pulak nak keluar ambik kat dalam peti sejuk T_T


Okeylah, tu jelah citernya. Korang pernah try tak PMC ni?


p/s - kalau nak tahu lebih lanjut tentang PMC ni, boleh add Fira di FIRA NAFIRA (Fb)


Comments

Unknown said…
erk.. jimat jimat..
Juls Julie80 said…
belom kalak try gik menda tok...egehehehe
ejulz said…
nyaman ka? hehe
Unknown said…
hahaha.. kmk ingt kmk sorg yg ssh mok terpengaruh dgn bnda cmya tek.. duhal ktk pn cmya juak..to lately kmk pn start ambik multivit dah.. sbb bnda tok slow glak..plus mok prgi camping n handle stdnt ssh juak ... so marketing strategi ya kes no.2 yg ptg prdt kt guna ya blh nyruh bdn sht... =)..
labulabi said…
selamat tahun baru 2013 kathy.
nazayiena said…
Blm agik kmk try PMC tuk,huhuhu.....
Byk dah org cerita pMC tuk.
erinulat said…
Hi. Kamek pake link ktk untuk info for PMC oh. Kamek jual PMC tok rah kuching.. Amik stok dari sabah.. Just mok inform lah kmk pake link ktk untuk info2 dak lain.. Makceh.

anyway. mek jual
putih 100g RM10 200g RM19
purple 100g RM15 200g RM29

berminat leh kontek tru @ like page
Fb/therandomshopbyerin
sms/viber/whatsapp +60148858305

Tq! :)
ahmad hazwan said…
Salam
Jika Berminat utk Membeli Pure Marine Kolagen Gred AAA Kaler Ungu RM 10 100 Gram Sila Call/Sms/Whatsapp Sy Ditalian +601126284226
Thanks Admin
ahmad hazwan said…
Salam dan selamat sejahtera
Kepada yang berminat untuk membeli rumpai laut asli sabah gred AAA
Kaler ungu sila sms/call/whatsapp saya ditalian 011 - 26284226 harga untuk 100 gram adalah 10 ringgit
Harga tidak termasuk caj penghantaran dijamin termurah dipasaran dapatkan segera
Terima kasih admin

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.