Resepi Mee Jawa.

Assalammualaikum..


Mee jawa banyak versi sebenarnya. Ada yang guna santan dan tepung jagung untuk kuahnya dan ada yang takde guna. Versi resepi keluarga aku memang pakai santan dan tepung jagung. Cuma kali ni aku guna versi tak guna santan dan tepung jangung. Versi yang ni aku ikut dekat Buku Resepi "1 Hari 1 Resepi" Chef Hanieliza (m/s 261). Cuma aku modify sikit. Ikut selera sendiri katakan ;D 




 


Yang kat atas ni mee jawa yang aku baru buat baru - baru ni.  Kuah dia sama je. Cuma bahan tambahan kat atas tu je aku main letak apa yang ada dekat rumah. Paling penting kuahnya tu. Baiklah, kita tengok bahan - bahannya. 


Bahan - bahan untuk kuah

Ubi keledek (direbus dan dikisar)
Air rebusan tulang daging dan daging (err..maksudnya kat sini, aku rebus tulang daging jugak dan daging jugak. ala, daging yang betul - betul daging tu. yang takde tulang dah tu)
Bawang putih, bawang merah dan halia (tumbuk halus)
Udang kering (rendam sebentar dan tumbuk halus)
Serbuk kari daging (aku guna brand Adabi)
Sedikit cili kisar.
Minyak masak.
Garam dan serbuk perasa secukup rasa.


 Cara Membuatnya. 

Panaskan minyak. Tumis bahan - bahan kisar seketika. Masuk sekali kari, udang kering dan cili kisar. Tumis bahan - bahan tersebut sampai garing.

Masukkan keledek yang dah dikisar. Tambahkan dengan air rebusan daging (masuk sekali tulang daging tu tau! isi daging tu je tak yah masukkan) mengikut kepekatan yang kau nak.

Masukkan garam dan serbuk perasa. Biarkan sampai kuah mendidih dan pekat. Dan SIAP!



Bahan - bahan peneman kuan (eceh!)

Mee kuning (basuh dan celur)
Hirisan daging (isi daging yang direbus dengan tulang tadi tu, kau hiris nipis - nipis) 
Sawi (celur)
Tauhu goreng (hiris)
Telur rebus
Limau kasturi (dibelah 2)
Cili merah (hiris)
Dan apa saja yang kau rasa nak letak kau letaklah ye ;p






 Bagi aku, sawi mesti ada. Tauge takde takpe. Janji sawi ada. Telur pun sama. Kena ada kalau buat mee jawa ni. Oh ye, jangan lupa sawi kena celur dulu. Telur kena rebus dulu~






 Kek ikan ni ada stok kat rumah so aku letaklah sekali. Hehe. Tauhu atas ni pulak tauhu kegemaran aku. Sedap sangat tauhu ni!






 Inilah daging yang dah dihiris nipis. Kalau nak sedap, silalah letak hirisan daging ni banyak - banyak. Dan sebelah dia tu tauhu yang atas tadi tapi versi dah dihiris ^^






Telur rebus dan kek ikan menanti untuk dihidang. Wink-wink. Dah kenapa nak wink - wink pulak -.-'






Dan inilah hasilnya. Yang ni aku buat masa bulan puasa hari tu. Untuk sahur. Kelas tak kelas sahur makan mee jawa. #angkat kolar baju. Buat sendiri pulak tu! Silalah bangga puan emak! Haha. Sebenarnya kuah aku dah buat sebelah malamnya. Macam telur dah siap rebus. Cuma yang perlu dicelur tu je aku celur time nak sahur tu. Tapi yang ni takde letak limau dan cili. Tak macam gambar kat atas sana tu. 


Baiklah. Itu ajelah perkongsian kita hari ni. Untuk kuantiti bahan - bahan tu pandai - pandailah nak agak ye. Untuk satu hidangan kecil takkan nak guna sekilo bawang kan? Cukuplah sebiji dua. Kalau kuah tu terlebih banyak pulak kau buat, takpe. Bakinya tu simpan dalam peti sejuk. Esok dan lusa boleh makan lagi. Insya - Allah :') 



p/s - Selamat Mencuba pada yang nak mencuba (^_^)



Comments

baby comel said…
Ni adalah one of my favourite.. nampak sgt menyelerakan,
Yumida Huda said…
nyaman eh
meleleh aek lio mek nangga mek jawa ya
yumida isi tabung Nuffnang ktk...selamat menabung :)
Isabel Diaz said…
Kamek suka makan mee Jawa.

P/s Kmk isik tabung ktk
Nieda ramly said…
kesukaan akak ni...tapi tak pernah cuba buat sendiri
Eza Boom Boom said…
nang nyaman jak rupa.. hee. tmbh2 bila makan time sahor. hihikk.
ejulz said…
febret kmk tok.. hehe

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.