Demam & Hari Jadi
Assalammualaikum..
Belum masuk bulan 2, aku dah ada lagi entri pasal demam ni.
Kiranya bulan 1 ni aku dah demam dua kali. #masa menaip ni pun kepala masih toink-toink (~_~)
pagi sabtu lepas aku dah tak sedap badan. tak sampai tengah hari, badan dah panas.
malam tu pulak terus sapu air asam jawa dekat kepala, dekat badan sikit.
Alhamdulillah, pagi ahad tu ~ dah rasa ok.
cuma kepala masih pening dan tekak ni berkahak..
itu tentang demam ye.
sekarang ni kita bukak citer pasal hari jadi pulak. ehem (^_~)V
tanggal 22/1 hari tu ~ genablah 27 tahun umur aku. ya, 27 tahun #muda lagikan? (kalau kahwin, dah ada anak tiga - bisik hati kecilku..eceh!)
hari jadi macam tahun - tahun sudah jugak.
dapat ucapan daripada kekawan, keluarga & kesayangan.
cuma yang bezanya 1 je.
inilah hari jadi pertama aku sebagai penulis novel ^^
ada jugak pembaca yang wish. macam tu jugak dengan penulis novel yang lain (walaupun hanya beberapa orang je) ~ TERIMA KASIH semua :')
petang 22/1 tu aku balik awal ~ maka, sempatlah buat minum petang dengan meatball with cheese!
1st time buat kan? jadi begitulah rupa dia -.-' tapi alhamdulillah sebab rasa dia ohsem *wink-wink*
Red Velvet ni pun 1st time buat.
ye, aku tau rupa dia tak macam RV pun T_T
tapi bolehlah buat makan :')
dan inilah pula hadiah daripada dia. (buku resepi, buku untuk menulis & al-quran pelangi)
serius, dia memang tau aje apa yang aku perlu :') #bukan apa yang aku mahu~
kita orang ni bukanlah versi yang bagi hadiah teddy bear, bunga, cokelat ke..memang takdenya.
apa dia? tak romantik?
lebih kurang macam tulah..kehkehkeh~
alah, kalau dia bagi selonggok buah durian pun dah kira romantik bagi aku.
sebab aku suka makan buah durian.
(romantik tak semestinya bagi bunga atau hadiah mahal-mahal~ ok? lagipun tak kahwin lagi, so buat apa nak romantik2 sangat khenn???)
oklah, itu aje nak citer.
oh ye, sorry sebab lama tak jenguk rumah korang.
aku nak habiskan dua manuksrip dalam tempoh terdekat ni.
insya-Allah kalau ada masa kelapangan, aku singgah ye.
love you..#tetiba je keluar perkataan love you ni.. tapi khas untuk korang sume.. hehe~
p/s - tak sabar nak balik kuching bulan 2 ni. nak tuntut birthday present from my sis ^^

Comments
hepi besday juga...
Sedaplah pulak nampak meatball Kathy tu. Nasib baik dah malam masa nampak ni. Jadi mama buat buat tak nampak ajelah. Takut nanti tidur, mengigau jalan ke dapur buat meatball. Hahaha...
Mama minta izin ambil gambar Kathy masa book signing tu ye. Mama letak kat blog untuk gambar penulis buku Cahaya Qaseh. Mama dah habis baca buku Kathy. Teruskan menulis ye... all the best.