Resepi Pizza Simple.
assalammualaikum...
hari tu tetiba je dapat home made pizza. tapi pizza ni tak yah nak uli tepung segala. sebab basic dia hanya perlukan telur, kepingan roti dan sedikit garam. topping dia sukahatilah nak letak apa...
nampak cool je kan pizza kat atas ni? sebenarnya ni bukanlah hasil air tangan aku T_T tapi hasil air tangan si dia. ehem. lelaki sekarang memang dah terer memasak dah kan? ye aku tahu tak sume terer. huhu.
jadi aku pun tanyalah kat dia macam mana nak buat. manalah tahu lepas ni aku lak buatkan untuk dia. hihi. dan kalau nak tahu apa resepi dia, silalah scroll sampai bawah ^^
bahan - bahan
2 biji telur
5 keping roti (diracik2..eh diracik je dicarik? apa2lah yang penting roti tu kene dibuat kecik2 dan yang bahagian tepi yang kaler coklat tu tak yah ambik)
2 batang sosej (dipotong kecik)
2 batang crab stick (dipotong kecik)
2 keping cheese (diracik/dicarik kecik2)
sedikit garam
sedikit lada hitam
sedikit minyak masak
cara membuatnya,
pukul telur hingga kembang. masukkan garam secukup rasa. (kalau nak pizza menjadi gebu dan mudah dipotong, sila biarkan telur yang dah dipukul tadi selama setengah jam)
lepas tu masukkan sebahagian sosej dan crab stick di dalam telur tadi. gaul hingga rata.
ambik kuali leper dan sapukan sedikit minyak. sedikit je tau. bila minyak dah panas masukkan adunan tadi. dan leperkan adunan.
tabur sebahagian lagi sosej dan crab stick di atas adunan. tutup kuali dengan penutup. Tak kira korang nak tutup guna penutup apa tapi yang penting kene ditutup.
bila adunan tadi dah mula masak, taburkan sedikit serbuk lada hitam sebelum taburkan cheese. Tutup dengan penutup sekali lagi.
dan bila cheese mula cair boleh tutupkan api. dah siap pizza anda!
PERHATIAN - api masa memasak tu kenelah kecik. kalau tak rentunglah pizza tu. dan jangan masak terlalu lama. sebab basic diakan guna telur dan roti jadi kejap je. ala, pandai2lah korang agak, okay?
Tapi, pada sape2 yang nak guna oven tu lagilah elok. sama je caranya. pandai2lah korang bajet berapa letak suhu dan minit dia.ni yang dia cakap kat akulah ye.So, pada sape nak try tu bolehlah try. kalau tak faham silalah tanya =)
dan pada sape yang try pizza versi aku lak bolehlah klik di SINI laju2. kalau tak laju lambatlah sampai kat sana.. okaylah, selamat berhari Isnin.
Comments
Ank2 pun suka mkn benda2 mcm ni...tima kaisih yee..
nanti akak nak cuba buat
simple je kan ;)
akak suka pizza..follow