Midin VS Pucuk Paku.

assalammualaikum..


sabtu lepas ikut boss pegi site kat Batu Gajah, Perak. dalam perjalanan pegi tu mata aku duk melilau kawasan sekitar. tiba-tiba mata aku ternampak sekumpulan midin yang seakan - akan melambai - lambai di tepi jalan. dan saat itu tanpa sedar terkeluar bahasa Sarawak dari mulut aku ni.. 


"ya Allah, banyak ada juak midin sitok..sayang ada jak sik diambik.." <---- inilah perkataan yang meluncur laju dari mulut aku. faham? atau nak aku buat translation? 


"ya Allah banyaknya midin kat sini..sayang betul sebab tak diambil.." lebih kurang macam nilah kalau ditukar dalam bahasa baku ^^


tapi siyes, memang sayang kalau midin - midin tu tak diambik. tapi bila aku fikir balik orang sini (maksud aku orang semenanjung) tak tahu sangat makan midin ni.. itu memang diakui oleh kawan dan boss aku sendiri. jadi tak heranlah midin kat tepi jalan ni takde orang peduli pun. 


jadi, tanpa memperdulikan mereka yang lain. aku pun terhendap - hendap tepi jalan tu untuk kutip midin. kehkehkeh. asyik sebut midin je, tapi korang tahu tak rupa dia? ni gambar kat bawah ni rupa midin. midin ni tak sama macam pucuk paku tau..



berpandukan dengan gambar di atas jugak, tengoklah hasil yang aku ambik ni. cukuplah untuk sekali makan. dan yang paling penting cukuplah untuk melepaskan kerinduanku pada makanan eksotik dari bumi kenyalang ni. tapi betul ke makanan ni makanan eksotik? erk..tak kisah apa - apa pun kan? yang penting sedap :p~ 




gambar kat atas ni pulak rupa pokok midin. macam pucuk pakukan? tapi sebenarnya bukan. sebab adalah klon daripada pucuk paku T_T jadi pada sesiapa nak pegi Sarawak tu, trylah order midin. masa tu bolehlah rasa. dan masa tu jugak, baru anda kenal apa itu midin apa itu pucuk paku (^_~)V






dan gambar kat atas ni pulak, midin yang telah siap dimasak. gila sedap! bukan nak puji masakan sendiri okay, tapi midin tu memang sedap. terus terang, aku lebih suka makan midin berbanding dengan pucuk paku. *memandangkan aku duduk jauh diperantauan, jadi sila abaikan bekas kaler biru tu ye. takde nak vintage - vintage kat sini -.-'





sebagai penutup entri, gambar kat atas ni merupakan gambar pucuk paku.yang dalam tong kecik tu pulak, buang kepayang *eh, aku tak sambung updated pasal buah kepayang lagilah.. 


jadi nampakkan perbezaan antara midin dengan pucuk paku?  *silalah nampak :')


p/s - kalau nak lihat besar gedabak dan lebih clear silalah klik gambar tu..

Comments

Mizz ErMa said…
perbezaannye, kaler jela kan? hihi sy pulak tak penah makan lagi midin nie tapi kalo pucuk paku tu, selalu la sangat..hehe
Mak Esah said…
ingatkan ulam... rupanya masak macam tu ey? tapi pucuk paku pun best jugak, time nak masuk bubuh santan sikit, cili padi sikit.. terbaikkk!!
Ann Ishak said…
eh boleh makan ek...ada jugak saya nampak tapi ingatkan daun biasa je
Namee Roslan said…
sedapnya kathy ! untung pandai masak. nama dia midin...hehe.unik.
kurus said…
nie sedap buat bubur lambuk nie dik .. taruk daging , ikan biliss .. huhuhu terliurrr sudah ! .. ;)
ooo.kalau kat sini panggil pucuk paku rawan.sedap :)
emarieys said…
first time dgr nama midin...huhuhu
[sutera kasih] said…
ya robbi nyamannya sayomidin ya..adehhh teseliyo aluuu
labulabi said…
sedap eh.bok marek teringat nak beli midin.tapi kehabisan stok.huhu.
Elih Japahar said…
Haha, tersenyum sendirian lihat midin ni..org semenanjung pantang makan kat restoran seafood mesti order midin ni :P semalam kat Babaganoush haha..kenyang dgn midin masak belacan..
wahida said…
ya Allah!! pucuk paku!! dpt masak lemak sedap ni...

nak buat la esok...
Lida Rahim said…
org kelate selalu makan midin ni.. tp jenis spesis yg besar sikit

hari tu akak raon pasar sibu, nampak midin ni... bawak balik naik kapal terbang tu haha sebab nak bagi family try sbb makan kat sana sedap diorang masak!

tapi mak kata tu pucuk paku.. huhu so kompius sudah
Yumida said…
nyaman hooo...tp nak rentuknya malas...bkn main byk jak midin..tp bila dh direntuk sikit..tp nang nyaman la...

dolok2, mun di sayo midin ya..merah jak kuahnya..kenak kinek tok gelap jak kuahnya...mok dikaji tok
Lin Maa said…
salam perkenalan.....

wahhh sedap nyer nampak masak pucuk paku goreng belacan..org semenanjung panggil pucuk paku..klu org sabah sarawak panggil midin kan???

rasa nyer sama je...spesies yg sm..

tiba2 tringin plak nk mkn..esok p psr nk cr pucuk paku la...


www.azrulin.blogspot.com
Kidrock said…
My favorite vegetable 😃😃😃😃😃

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???