jiran yang bermasalah



masuk 3 tahun stay rumah ni. daripada single sampailah double, alhamdulillah semuanya baik2 je sampailah di malam tahun baru. semalam. di mana jiran aku, err..sebenarnya rumah dia blok sebelah tapi berdepanlah dengan blok aku iaitu rumah aku telah buat bising tahap melampau sampai aku hampir nangis sebab tak dapat tidur :'( kau bayangkan blok yang aku duduk ni boleh terasa gegar speaker radio rumah dia, inikan pula penghuni yang satu blok dengan rumah tak ada kesedaran sivik tu! oh ye, aku tingkat 2. rumah buat bising tu ground floor. 


kalau siang, aku tak kisah. kalau sampai jam 12 tengah malam pun aku okey je tapi ini tak, dia mula tengah malam pastu bawa ke subuh. bila pagi yakni 1/1/15 tu aku beranggapan mungkin mereka celebrate new year. okey. positif. tapi malam tadi, lagi mereng otak aku dibuatnya bila mereka buat hal lagi. bila aku jenguk, siap berjoget lagi. ala2 clubbing gitu. cis! budak yang duduk rumah bujang yang satu blok dengan mereka ni tadi dah terjerit2 suruh diam tapi respons takde langsung. makin galak dorang buat bising, adalah!


dalam 3 lebih macam tu (pagi), sepi seketika. aku dah syak mesti ada yang tak kena. bila aku jenguk, ada polis peronda berhenti depan rumah tu. entah apa yang polis tu cakap aku tak dapat nak dengar. aman seketik. fuhhh~ lega yang teramat. tapi panas disangka ke petang, rupanya hujan di tengah hari bila mereka sambung balik buat bising dalam pukul 4 lebih macam tu. ya Allah, stressnya aku! encik suami dalam mamai2 sempat jugak membebel. 


sini ada management, ada security kononnya tapi macam tak ada. jiran yang buat bising ni baru pindah sini dalam dua bulan lepas kalau tak silap. sebelum ni ada juga dia pasang lagu kuat2 tapi waktu sianglah. tapi bila masuk 2015, azam dah tukar kut tu yang pasang lagu malam2 pulak. tapi serius okey, aku memang tak boleh tidur. dahlah sekarang memang susah nak tidur sebab asyik nak kencing dengan haus je. 


jiran aku tu, lain sikit. lagak macam orang kaki gaduh je, itu yang ramai tabahkan hati dan tahankan telinga aje. semua tak berani tak serang rumah dia. aku pun dah pesan banyak kali dengan encik suami, biarlah..jangan cari pasal. selagi boleh tahan, tahanlah. cuma aku pasti, ada dah yang buat report. yalah, mana tahan kalau malam yang patut diulit mimpi, diganggu dengan bunyi ngeri. ngerilah kan kalau masa tidur orang buat pasal. lagu merdu macam mana sekalipun sumbang jugak sampai di telinga. huh! 





terus rindu dengan kesunyian di kundasang pada malam hari. dengan kedinginan malam yang mencengkam sampai mimpi buruk boleh bertukar menjadi mimpi indah :') 




Comments

ezy.fia said…
teruknya jiran cenggitu,,
xreti nk hormat org lain..
huhu..

septutnya pihak berwajib amek serius la bnde gni..
Ann Ishak said…
indahnya pemandangan kundasang

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.