Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Assalammualaikum..



Sebenarnya kan, aku dengan encik suami bukannya honeymoon sangat pun di Sabah hari tu (bulan 6 punya cerita, bulan 9 baru updated! tepuk tangan sikit! heh!) tapi lebih kepada jalan - jalan dan makan - makan. Yalah, baru kahwin kan, nak jugak habiskan masa bersama. Berdua. Jauh dari hiruk - pikuk kota. Ayat..itu pun tak pasti betul ke tidak ayatnya huhuhu~



Encik suami pergi ambik kunci.



Seperti tajuk dan gambar di atas, korang sedia maklumlah kan yang kami menginap di Kiram Village di Mesilau, Kundasang. Selalunya orang honeymoon ambik hotel yang best2 sikit, tapi alahhh itu honeymoon orang. Kita buat honeymoon kitalah kan? Ikut bajet sendiri. Yang penting dapat habiskan masa berdua *senyum* Lepas makan tengah hari di Ladang Teh Sabah, terus bergegas check in kat sini. Encik suami dah booking awal kat sini. Time pergi ni school holiday, jadi penuh aje. Nasib booking awal. Lega..






Masa ni dalam pukul 1 lebih kalau tak silap. Cuaca memang panas. Tapi berangin. Oh ye, kete viva nilah yang kami sewa sepanjang berada kat sini. Owner dia baik. Kete pun bersih. Tip - toplah. Nanti bagi no phone owner kete sewa ni. UPDATED : No Phone owner kete sewa : 010 - 9469296 (apa2 boleh wassap no ni :)




Cabbage. Nasib reka bentuk tak macam cabbage betul2. Kalau tak nangis sebab kecomelan melampau daripada nama sampai ke design.



Sambil tunggu encik suami, aku jalan2 dekat2 situ. Cabin comel atas nilah bilik kami. Namanya Cabbage. Comel je nama2 cabin/bilik kat sini :)









Pada sesiapa nak ke sini, bolehlah ambik no phone tu. Tempah awal kalau nak pergi masa cuti sekolah kayyy~ oh ye, nak dijadikan cerita, masa tunggu encik suami ambik kunci punyalah lama. Rupa2nya receptionist kat situ tak percaya yang kami dah booking. Sebelum ke Ladang Teh Sabah, kami memang ke sini dulu. Nak confirm kan lagi bilik yang kami tempah dan receptionist tu cakap ada. Bila dah tukar receptionist lain, dan2 cakap takde -.-' Encik suami tunjuk bukti pembayaran dan mintak confirm balik dengan receptionist sebelum ni dan alhamdulillah, dapat kunci. 







Cabin Cabbage ni khas untuk dua orang/seorang saja. Walaupun persis rumah, tapi kecik. Tak sesuai untuk yang ada anak kecik yang suka naik turun tangga. Atas tu bilik air dia. Water heater dia tak okey sangat. Dahlah sini sejukkkk. Sabun takde bagi. Tuala pun takde. Mungkin dorang tak proper kemas atau kita kena mintak, entahlah. Aku dengan encik suami dua2 jenis yang okey jerrr. *okey sebab aku dah siap bawak tuala dan segala macam bahan mandian. kalau tak ada, merengek jugak aku dekat encik suami mintak dia mintak dekat receptionist* 








Atas ni gambaran tingkat bawah dia. Lantai dia sejuk mak aiii. Aku bawak selipar sampai tepi tangga. Sejuk punya pasal.


























Dan tingkat atasnya macam dalam gambar atas ni. Selesa untuk dorang. Tapi pada yang tinggi tu, hati2 sebab struktur atas dia agak menyenget. Hurm, menyenget T_T























Malam kat sini sunyi. Gambar atas ni rasanya baru balik dari tapau KFC kat pekan Kundasang. Cafe kat sini tutup pulak. Itu yang merayap menuruni bukit bukau untuk mendapatkan sesuap ayam kfc. Sadis je bunyikannn~ 







Tapi paginya pukul 5 lebih dah terang benderang. Menggelupur bangun ingatkan terlepas subuh. Rupa2nya awal lagi :') water heater tak okey jadi bayangkan betapa sejuknya air kat sini pada subuh yang hening.






Memandang sudah berpengalaman datang ke sini, jadi pagi2 buta dah ajak encik suami jalan sekitar kawasan sebab nak tengok puncak gunung kinabalu. View yang Allah bentangkan pada kami--subhannallah.. serius cantik! 












Comel je kan nama2 cabin dekat sini. suke sangat! balik Kuching terus teruja ajak adik beradik datang sini, next year hehehe.














Gambar atas ni dekat cafe. Awal pagi tak bukak lagi. Jam waktu ni dalam pukul 7 kut. Tapi terang dia macamd dah pukul 9. 




















kami laki bini kuat mengatakan rumah yang kat atas ni adalah rumah owner. Hurm. 







Yang atas ni pulak ALPINE D'BAYU RESIDENCE. Baru lagi ni. Dan cantik. Dalam kawasan Kiram Village ni jugak. Harga? Tak pasti ;D























Puncak kinabalu..Cantik sangat. Silalah pergi pada yang belum pergi. Pada yang dah pergi pasti nak datang lagi. Orang lain aku tak tahulah tapi belum balik lagi dari honeymoon, aku dengan encik suami dah plan nak ke sini lagi hikhikhik. insyaAllah :') 














Nampak tak uncle yang duduk bersantai bukan di tepi pantai tu? Dia datang dengan isteri dia. Masa ambik gambar ni aku dengan encik suami duduk minum air 3 in 1 dekat depan cabin. Dengan cuaca sejuk encik suami menyulam angan2,


"tengok uncle dengan auntie tu (masa encik suami cakap auntie masih ada depan tu) dah tua2 pun jalan sampai ke sini. anak2 mesti dah besar. relaks je kan laki bini macam tu. nanti bila anak2 kita dah besar, kita macam tu jugak ye," sambil sengih pandang aku *blushing*



lepas tu jalan, lalu depan cabin uncle maka sempatlah say hello. good morning semua tu. mesra dorang ni.








Barulah nampak muka encik suami kesayangan aiii..dia bukannya suka sangat bergambar. tapi untuk kenangan anak2 cucu2 nantikan, jadi adalah gambar beliau seketul dua. love u abang! muah *tetiba*



p/s - tak sampai lagi 3 bulan kawen kan jadi masih mood honeymoon lagi hikhikhik


Comments

Ania said…
Blognya keren! Apa Anda mau mengembangkan dan mempromosikan blognya lagi? Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Kami tidak terhapus filenya dengan waktu batas. Coba servis kami tanpa registrasi:)
Mummy MM said…
Wah, best eh. Rasa mok pegi jwak.
Puan Eka said…
cantiknyee. Kite teringin nak kesabah. InshaAllah tahun depan harap2 dapat pegi Sabah plak hehehe
nazayiena said…
Tahniah,sik tauk pun ktk dah kahwin dan slmt berhoneymoon.
tulip said…
puan, boleh dapatkan no telefon kereta sewa tu tak? tq
kathy said…
saya sudah updated untuk no telefon kereta sewa tu :) sama2..
cehee said…
Salam,

Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa axia auto rm100/day. Berminat sila call/watsapp 012 83 00001.

Tq

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???