Rendang Ayam/Daging Ala Sarawak.

hari nie aku tiba2 teringat dengan rendang ayam/daging yang mak aku buat..sedap sangat2..kalau kat sarawak rendang ayam/daging akan mudah dijumpai time raya jer..berbeza dgn kat sini(semenanjung), senang jer nak jumpa rendang ayam/daging..tapi macam biasa,masakan yang mak masak mesti lebih sedap kan??so,aku nak share resepi mak aku kat korang..tapi nie bahan2 nie mak aku agak2 jer bagi tau..yela,orang tua kan..pe barang nak tengok2 resepi..hihihi~


Bahan A
1 ekor ayam/ 1 kilo daging

Santan (1 biji kelapa)

4 helai daun kunyit (dihiris halus)

Rm2 kerisik


Bahan B

1 inci halia (dikisar)

4 biji bawang merah (dikisar)

10 biji bawang putih (dikisar)

½ camca tepung kunyit

1 sudu makan serbuk jintan putih

1 sudu makan serbuk jintan manis

2 batang serai (ditumbuk)

Beberapa biji cili padi (ikut selera sendiri)



Cara membuatnya


Cuci ayam/daging sampai bersih. Tos kan. Gaulkan semua bahan B dengan ayam / daging. Masak ayam/daging sehingga keluar air ayam/daging itu sendiri. Masuk kan santan sedikit demi sedikit. Selepas itu masuk kan kerisik dan daun kunyit. Pastikan ayam/daging masak sampai empuk dan masuk kan garam dan ajinomoto(orang sarawak memang guna perasa) mengikut citarasa sendiri. Akhir sekali biar kan air santan kering dan padam kan api apabila ayam/daging sudah benar2 masak.


so macam mane? senang kan??tapi kalau korang masak aku tak tau lah sedap ke x..huhuhu~ tapi kalau mak aku buat memag sedap..ape2 pun selamat mencuba yer..kalau aku buat nanti aku post kan picture rendang kat sini..

Comments

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???