Pregnant!
Assalammualaikum..
4 bulan lebih dah jadi bini orang. Alhamdulillah. Dah pregnant? Belum lagi. Tengah usaha ni ;p Sebenarnya aku memang nak cepat2 ada anak, tapi soal anak ini Allah yang tentukan--bukannya macam kau nak beli barang. Pergi kedai--bagi duit--barang dapat. Kadang2, barang kau nak tu pun belum tentu ada. Kena cari kedai lain.
Walaupun usia perkahwinan masih baru kata orang, tapi lain orang dah sibuk tanya pasal anak. Apatah lagi kawan teman saudara mara cucu dan anaknya yang baru kahwin, eh2 terus bunting pelamin. Aku pun teringin jugak bunting pelamin tapi dah tak bunting2 nak buat macam manakan? Masa aku balik raya hari tu, di kuching--adalah mak cik ni tanya soal yang sama iaitu,
"dah ada isi ke?"
"belum."aku jawab sambil sengih2.
"cepat2 sikit ada isi..kau tengok anak mak cik dua orang tu, laju aje mengandung. cepat sikit bagi anak. barulah suami sayang.."
"kiranya masa anak mak cik baru kahwin tu suami dia tak sayanglah? yalah tak ada anak lagi.." soal aku berani tetapi berani dalam hati jelah =)
Untuk mengulas lebih lanjut isu tu, aku bagi jelah jawapan klise, "belum ada rezeki lagi.." tapi betullah kan dah belum sampai rezeki kita nak buat macam mana? Macam soal jodoh jugak--dah usaha cari pasangan--dah plan macam2--tapi kalau belum tiba masanya, tak akan jalan jugak.
Usaha seseorang nak berkahwin dan nak dapat anak janganlah kau nak persoalkan. Bagi aku kedua2 isu ni amat sensitif. Aku yang baru 4 bulan lebih kahwin dah terasa, apatah lagi yang dah kahwin bertahun2 tapi belum dapat anak. Dalam tempoh mereka nak berkahwin & nak dapat anak kau tak tahu entah berapa banyak dah air mata mereka tumpah. Lagi2 yang perempuan ni. Sobs~
Tolonglah k--sensitif sikit dengan perasaan orang lain. Kadang2 bukan mereka yang nak kahwin lambat & lambat dapat anak tapi memang mereka dah Allah tetapkan ini ujian mereka. Dan kadang2 jugak, mereka dah elok bersabar tapi orang sekeliling curah minyak di api yang menyala. Minyak--kena simbah api--maraklah dia!
Apa2 pun doakan aku dan siapa2 yang belum dapat anak atau belum dapat tambah anak, agar kami dapat anak dan tambah anak secepat mungkin. Sambil2 tu jagalah sikit hati dan perasaan kami ya? :') Terima kasih!
Comments
yer memang benar tu.. tanpa wanita siapalah orang2 yang berjaya tanpa ada ibu..
mselim3
Tapi saye tak pun hehe. Saye enjoy je bersama suami, awal2 kahwin habiskan masa sama2. Syok. Ada yg pesan, sblum mgandung ni habiskan masa dgn husband dlu.Jalan2. Nanti da pregnant, terbatas skit. Kita pun, ohh okay.
Walaupun org asyik tanya bila nak pregnant. Aduhai macam la senang nak pregnant tu. Siap ada yg tanya saya dah period ke tak setiap bulan. haih sabo jelah. Saya selalu sbut belum lagi Allah swt nak bagi rezeki.
Tup2 lepas 6 bulan, saye pregnant Alhamdulillah. Lepastu terus mabuk teruk sampai 4 bulan. Pergerakan pun terbatas. Tapi skang dah okey dah. Boleh babymoon pulak.
Untuk awak, takpe. Senyum je bila org tanya. Allah swt akan bagi rzki bila dah tiba waktunya. Tapi awak kena jaga makan tau. Elak makan bnda tajam, caffein. Asid folik jangan tinggal. Gudluck awak. Terpanjang lak komen hehe. sebab penah kena cam awak. terguris hati time tu.
kmk dah 8 thn ngadap soklan kedak ya.. sik terkata aik mata tumpah segal umpat keji, urg nganok mcm2..
-_-'
ish sampai hati mak cik tu cakap cmtu.semua tu Allah yang tentukan awal or lambat tu bergantung pada aturan DIA..tak leh nak takbur ckap cmtu, ingat perasaan orang. saya penah gak kene dulu sis..baru sebulan kawen, kawan husband siap tye dah ade isi lom sebb wife die dah pregnant..die orang lambat dua minggu dari tarikh kite kawen..time tu perasaan memang dah rase sedih sangat..isu tu terlalau sensitif lah sis..baru sebulan kawen tu..kang yang dah lame cmane lah perasaan kan..xleh nak bayangkan..tanpa sedar time tu saya dah pregnant gak syukur sangat. tu yang wat tmbah sensitif kowt tp ape2 pun memang dah rase perasaan sedih teramat di sebabkn soklan cepu emas cmtu. sis katy sabar ye..dulu salu ckp kat kawan yang dah setahun kawen x dpt anak gak..ckp kat die tu urusan Allah, Allah perancang terbaik, mybe die tgok kite n suami tak stabil ag so rezeki anak tu belum ade..Allah bagi rezeki lain.pe2 usaha+doa and tawakal ye sis..ignore je pe orang cakap..mereka x rase ape yang kite rase.
tak kahwin.
bila nak kahwin?
dah kahwin.
bila nak ada baby?
anak dah besar.
bila nak dapat menantu?
soalan soalan mcm tu akan sentiasa berulang.
sama sama kita sabar.In Shaa Allah satu hari nanti kan:)
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)