Air Tangan Seorang Ibu
Assalammualaikum..
phew~
berhabuk bin bersawang blog ni. bulan 2 langsung tak ber'updated tu T_T nampak kan tahap kemalasan aku dengan dunia blog? dah seperti kacang lupakan kulit! eh, tetiba ;p
tapi takpe, sesekali menyepi pasti ada jugak yang merindui. betul tak? #statement macam nak mintak lempang laju-laju je..kehkehkeh~ lagipun kan, dunia blog sekarang agak hambar. korang perasan tak?? sape yang aktif masa segmen, contest beberapa tahun lepas mesti perasan dengan kehambaran ini. hurm.
okeylah, tak mahu mukadimah panjang - panjang.
entri kali ini berkisar tentang sebahagian makanan yang aku makan masa balik kampung baru - baru ni.
(1) roti telur + kuah dal
(2) ambuyat + sayur rebung campur cendawan & midin (masak rebus) + sambal asam kumbang
(3) rebung masak lemak kerapen (tetel)
(4) ikan terubuk bakar + sambal kicap
(1) kari kepala ikan dengan terung asam
(2) ubi rebus + sambal ikan bilis + ikan masin
(3) lemang + rendang ayam
So? macam mana? ohsem ke tidak? hikhik~ aku balik kuching 13/2 dan balik sini 25/2. lepas ni mungkin raya nanti baru balik lagi kut.
oh ye, majority makanan di atas hasil air tangan Puan Emak :')
beruntungnya sebab Puan Emak saya pandai sangat masak dan anaknya ini pula sangat pandai makan. huhu~ tapi makanan hasil air tangan seorang ibu memang tiada tandingankan?
p/s - sayangilah keluarga anda ^^
Comments